Oleh pada 01 Nov 2018 kategori

Bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan online, menyertai kursus perniagaan atau seminar marketing/pemasaran yang mahal, pasti membuatkan anda hampir berputus asa untuk berniaga bukan? Kerana bukan semua orang mampu dan memiliki simpanan yang banyak untuk dikeluarkan bagi mendapatkan ilmu perniagaan atas talian.

Namun jangan khuatir, kerana masih terdapat banyak cara untuk anda belajar selok-belok pemasaran dan teknik "close sale" dari pakar-pakar pemasaran tanpa perlu menghadiri sesi/kelas yang dianjurkan. Idea asal teknik ini adalah hasil buah fikiran saudara Habibol dan iluminasi.com mengolah semula supaya maklumat disampaikan dengan lebih cantik dan tersusun dalam bentuk artikel.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kenalpasti Mereka Yang Claim Diri Mereka Sifu Pemasaran

Di laman sosial, ramai individu yang mengaku diri mereka pakar atau lebih mesra dipanggil "sifu" pemasaran walaupun kita sendiri tak pasti apa pencapaian yang pernah mereka lakukan dalam dunia perniagaan. Kenalpasti mereka ini, dan ikutilah mereka. 

teknik marketing paling berkesan

2. Selidik, Apa Yang Mereka Jual?

Cuba anda selidik apa yang mereka jual? Atau apa yang mereka bantu pasarkan di alam maya ini (secara online). Kalau mereka tidak menjual apa-apa kecuali sekadar menjual air liur sahaja, abaikan terus dan ubah fokus anda pada sifu marketing yang lain.

3. Cari Medium Mereka Pasarkan Produk Mereka

Medium disini bermaksud apa jua platform yang digunakan, tidak kiralah laman sosial seperti Facebook, Instagram, ataupun Shopee. Seeloknya cari medium pemasaran mereka yang bergelar HQ (HeadQuarters). Biasanya HQ ini diselia oleh individu kanan yang sangat rapat dengan sifu marketing itu tadi. Ataupun boleh jadi sifu pemasaran itu yang menyelia dan menguruskan sendiri urusan jual beli pada medium HQ ini.

belajar teknik marketing free

4. Hubungi Nombor Yang Diberikan

Hubungi nombor yang diberikan pada medium pemasaran itu tadi. Berpura-puralah sebagai seorang pembeli. Dari sini, belajarlah teknik close sale yang mereka lakukan. Kemukakan pelbagai soalan dan catat semua perbualan atau respon yang diberikan.

5. Ulangi Langkah 4

Langkah 4 diulangi pada medium pemasaran atau individu sifu jerung yang lain. Perlu diingati, jangan lakukan teknik ini pada peniaga kecil. Lakukan pada "sifu" dan "jerung" sahaja. Jangan ganggu peniaga kecil nak berniaga, ganggu sifu tidak mengapa.

teknik pemasaran atas talian online

6. Kumpulkan Dan Olah

Semua maklumat yang anda telah dapat sebelum ini, kumpulkan dan olah ayat-ayat respon dari sifu pemasaran itu menjadi ayat anda sendiri. Jadi sekarang, anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan apa teknik rahsia yang digunakan sifu-sifu pemasaran di luar sana. Ayat close sale yang anda sudah sediakan pun sudah dikira level "sifu".

Jadi anda sudah boleh mula berniaga dan bersedia dengan semua persoalan-persoalan yang bakal dikemukakan oleh pelanggan atau bakal pembeli produk anda. Kalau teknik ini menjadi, anda juga sudah boleh menjual air liur dengan mengadakan seminar "teknik close sale paling power meroket" dan claim diri anda sebagai sifu.

Jangan lupa diri, dan sentiasalah ingat kepada tuhan.

kredit : Habibol Lotfie




Hakcipta iluminasi.com (2017)