Tidak kiralah sama ada anda membeli iPhone, MacBook, or iMac, produk-produk ini biasanya disertai dengan pelekat atau sticker Apple.

Walaupun ada pengguna produk Apple yang tidak menyedari hal ini, namun pelekat ini sebenarnya memainkan peranan penting kepada Apple.

Mengapa produk Apple disertai dengan pelekat?

Sehingga kini, tidak dapat disangkal bahawa Apple mempunyai pangkalan peminat paling setia di dunia dan hal ini telah wujud seawal tahun 1984 apabila Macintosh pertama kali diperkenalkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, ketika Apple berada di ambang muflis pada tahun 1990-an, para peminat setia Apple dilaporkan menunggu di kedai Apple di bahagian Mac dan mengesyorkan kepada para pembeli.

peminat setia apple

Kesetiaan terhadap jenama ini agak unik kepada Apple kerana syarikat teknologi lain seperti Microsoft atau Google tidak mempunyai pengikut setia yang berdedikasi seperti dimiliki Apple.

Dengan ini, Apple menyedari bahawa hal ini merupakan satu kelebihan yang sangat penting dan melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan pangkalan peminat setia mereka.

Dan pelekat Apple adalah hasil daripada usaha tersebut. Ini membenarkan pengguna memaparkan jenama kegemaran mereka, sama seperti memakai baju yang menampilkan band kegemaran dan sebagainya.

Walaupun Apple adalah antara syarikat paling popular pada ketika ini, namun satu ketika dahulu syarikat ini "biasa-biasa" sahaja.

Malah, Apple merupakan syarikat kecil dan dilihat sebagai satu-satunya syarikat yang mempunyai peluang untuk menewaskan IBM yang cuba memonopoli seluruh pasaran komputer.

steve jobs dan macintosh

Jadi, dengan menunjukkan sokongan anda terhadap Apple dengan memaparkan pelekat mereka adalah isyarat kepada orang lain bahawa anda menyokong syarikat underdog ini.

Tetapi sebaik sahaja Apple berkembang, strategi pemasaran mereka juga semakin hebat.

Mereka akhirnya mencipta produk popular seperti iPod, dan MacBook menjadi salah satu komputer riba paling popular di kalangan pelajar.

Dengan ini, Apple tidak lagi dilihat sebagai underdog, tetapi menjadi "cool". Cuba lihat kempen iklan "Get A Mac" pada tahun 2006. Dalam iklan tersebut, kedua-dua watak itu mewakili versi manusiawi Mac dan PC.

Satu daripada watak itu kelihatan cool dan casual, manakala satu lagi agak nerd dan berpakaian "keterlaluan".

Dalam iklan ini, Apple cuba memberitahu para pelanggan bahawa komputer yang dimiliki menentukan identiti mereka.

Dan jika anda ingin kelihatan cool, anda perlu membeli Mac.

Pelekat Apple yang dilekatkan pada produk-produk Apple mengukuhkan lagi tanggapan identiti jenama oleh kerana pelekat ini boleh dipaparkan seperti lencana penghormatan yang melihatkan anda tergolong dalam "kelab Apple" yang cool.

Namun sama ada anda menggunakan pelekat ini kerana benar-benar meminati jenama Apple ataupun kerana ia kelihatan cool, semuanya memberikan hasil yang sama iaitu pengiklanan percuma kepada Apple.

pelekat apple

Pada masa dulu, pemasaran mulut ke mulut adalah penyebab Apple I menjadi popular dalam kalangan penggemar komputer dan membina "hype" bagi Apple II dan Macintosh.

Dengan ini, Apple sentiasa memahami bahawa pemasaran mulut ke mulut adalah bentuk pengiklanan yang paling berharga dan bermakna.

Mendengar ahli keluarga bercakap tentang MacBook Air meninggalkan kesan yang lebih mendalam daripada melihat produk dalam iklan TV.

Dan melihat ramai orang di sekeliling anda memakai pelekat Apple adalah satu bukti sosial bahawa pastinya terdapat sesuatu yang bagus tentang produk Apple jika begitu ramai orang berbangga menjadi pengguna Apple.

Rujukan:

1. News18

2. Apple Explained

3. Greg Wyatt Jr

4. iGames News




Hakcipta iluminasi.com (2017)