Hari ini, haiwan-haiwan seperti gorila, orang utan atau singa dilihatkan sebagai raja hutan.

Namun kira-kira 58 juta tahun yang lalu, ada makhluk dahsyat lain yang sangat ditakuti haiwan lain.

Para saintis memanggil haiwan ini sebagai Titanoboa Cerrejonensis dan ia merupakan ular seberat 1,000 kilogram dengan panjang 12 meter.

Jika anda tidak dapat membayangkan betapa besarnya ular ini, panjangnya adalah seperti bas sekolah dan seberat badak sumbu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dipercayai bahawa setelah kepupusan yang membunuh dinosaur, ular raksasa ini mengambil takhta makhluk paling dahsyat dan berada di puncak rantai makanan di hutan Amerika Selatan.

kepupusan ular titanoboa

Dilihatkan tiada haiwan lain yang berpeluang mencabar haiwan ini untuk tempoh yang lama dan tiada pemangsa yang dapat memburu ular Titanoboa.

Dan sudah tentunya Titanoboa telah pupus pada hari ini namun pastinya kita tidak dapat membayangkan bagaimana makhluk raksasa ini hidup di muka Bumi satu ketika dahulu.

Dengan hutan yang hanya merangkumi 7% sahaja dari daratan Bumi serta suhu global yang semakin meningkat, mampukah Titanoboa bertahan jika masih wujud?

Adakah kita dapat melihat semula haiwan ini menyelusuri hutan di Bumi? 

Bagaimana Titanoboa hidup?

ular titanoboa masih hidu

Dari segi saiz, tidak perlu kita bandingkan dengan ular-ular moden kerana saiz Titanoboa tersangatlah dahsyat. 

Malah, ular terbesar pada hari ini iaitu Anaconda sekalipun kelihatan sangat kerdil jika dibandingkan dengan Titanoboa.

Disebabkan deposit yang masih kekal hingga ke hari ini di Colombia, kita dapat mendapatkan sisa dari salah satu makhluk terhebat yang pernah hidup di ekosistem tropika kuno.

Selepas kepupusan dinosaur, hutan Amerika Selatan berubah menjadi jauh lebih besar, panas dan basah. Sungai sentiasa membanjiri pokok-pokok dan lumpur menutupi dahan, daun serta bangkai haiwan, mewujudkan lapisan bahan yang terurai.

Seperti yang anda jangkakan, persekitaran yang kaya ini sangat baik untuk Titanoboa.

Walaupun ia kelihatan seperti ular boa pembelit, namun para saintis menyatakan bahawa tingkah laku haiwan ini menyerupai tingkah laku anaconda moden.

Ia mempunyai kedua-dua ciri dahsyat iaitu kekuatan dari badannya yang besar serta kepantasan kerana bentuknya, menjadikannya pemangsa yang sangat menakutkan.

rangka ular titanoboa

Adalah munasabah untuk kita menganggap bahawa Titanoboa adalah seperti ular lain, yang memakan apa sahaja yang dapat ditangkapnya dengan syarat ia adalah haiwan, namun apakah kaedah serangan yang digunakan oleh haiwan ini?  

Saintis menganggap bahawa raksasa ini menundukkan mangsanya dengan membelit sehingga mati seperti mana dilakukan ular pembelit moden.

Ular jenis ini menangkap dan membelit mangsa dengan sangat kuat sehingga paru-paru mangsa tidak dapat mengembang untuk bernafas, lalu mati akibat sesak nafas.

Walaupun Titanoboa tidak mempunyai taring untuk menyuntik racun, ular ini dipercayai memiliki deretan gigi yang terarah ke bahagian dalam mulut yang berfungsi seperti jaruh untuk membuatkan mangsa tidak dapat melepaskan diri.

Jika mangsa cuba melepaskan diri, gigi Titanoboa akan tertusuk lebih dalam membuatkan mangsa lebih sakit. 

Bagaimana jika Titanoboa masih hidup?

saiz ular titanoboa

Soalan yang paling menarik untuk kita bincangkan, bagaimana haiwan raksasa ini boleh hidup dalam ekosistem kita pada hari ini? Mampukah ia bertahan, atau mampukah kita bertahan darinya?

Pertama sekali kita perlu membincangkan tentang suhu, di mana Titanoboa ini berasal dari iklim yang agak berbeza ketika ia berada di kemuncak kehebatannya.

Dianggarkan 60 juta tahun yang lalu, suhu di Amerika Selatan adalah sekitar 30 hingga 33 darjah Celcius, sementara purata kepanasan di rantau tersebut pada ketika ini adalah sekitar 27.5 darjah Celcius.

Suhu ini adalah tidak begitu sesuai untuk kehidupan Titanoboa. Satu cara untuk ular ini menyesuaikan metabolismanya adalah dengan menjadi lebih kecil dari segi saiz. 

Ini kerana seperti mana-mana haiwan berdarah sejuk, suhu ular bergantung kepada habitatnya.

Di iklim yang lebih panas, reptilia dapat membesar dengan lebih ketara untuk menyerap lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk memastikan metabolisme kekal berfungsi.

Jadi jika tiada faktor ini, Titanoboa mungkin tidak lagi sebesar satu ketika dahulu.

Rekod fosil menunjukkan bahawa spesies ular gergasi lain seperti Madtsoia berjaya bertahan kira-kira 20 juta tahun selepas Titanoboa pupus. Ini menunjukkan bahawa ular gergasi ini tidak pupus dalam tempoh yang cepat.

Dan disebabkan oleh saiz Madtsoia yang lebih kecil daripada Titanboa, adalah munasabah untuk kita menyokong teori saiz ular mengecil disebabkan suhu global yang semakin menurun.

Pemakanan

gambaran titanoboa 2

Mungkin ular ini mengecil disebabkan suhu, namun bagaimana ia mampu bertahan jika masih hidup hari ini? Ketika zaman Titanoboa masih wujud, hutan adalah sangat berbeza daripada sekarang.

Hutan pada ketika itu sangat produktif dengan banyak biojisim dan terdapat sistem sungai meluas yang melintasi landskap sehingga mewujudkan biodiversiti yang kaya.

Mangsa tersedia dengan begitu meluar dan bagi raja hutan pada ketika itu, Titanoboa mempunyai diet yang pelbagai.

Namun, apakah yang akan menjadi makanan Titanoboa pada hari ini? Para saintis beranggapan bahawa sumber mangsa yang paling mungkin bagi Titanoboa adalah buaya.

Ini adalah kelakuan biasa di kalangan ular besar hari ini kerana haiwan ini dilihat menyerang dan menelan buaya.

Dan bagi Titanoboa, ini adalah sesuatu yang sangat mudah. Penyu juga mungkin menjadi makanan haiwan ini namun penyu pada hari ini tidaklah sebesar zaman Paleocene yang memudahkan ia diburu.

Mangsa yang paling mudah bagi Titanoboa sudah tentunya ikan bersaiz besar. Ular-ular lain pada hari ini seperti ular pembelit dan anaconda diketahui menjadikan ikan sebagai makanan dengan membelit haiwan tersebut sehingga mati.

Sesetengah burung dan mamalia kecil juga akan tersenarai sebagai menu Titanoboa dan akhir sekali, ular ini sudah tentunya akan memakan ular-ular lain yang lebih kecil kerana ular sememangnya diketahui dengan sifat kanibalisma.

Habitat

lakaran titanoboa

Masalah lain untuk Titanoboa menyesuaikan diri dengan dunia kita pada hari ini sudah tentunya habitat.

Malang sekali, kawasan hutan hujan berpelbagai yang sangat subur di Colombia di mana ular gergasi ini berkembang telah memberi ruang kepada lombong arang batu terbesar di negara ini.

Kawasan tersebut juga terletak lebih tinggi dari permukaan laut berbanding 60 juta tahun yang lalu. Dalam kes ini, kemungkinan ular gergasi ini akan mencari tempat yang lebih sesuai untuk hidup.

Antara yang mungkin menjadi pilihan adalah lautan. Jika ini berlaku, ia akan menjadikan Titanoboa lebih berbahaya kerana daya apung air akan mengatasi kesan graviti terhadap badan membuatkan berat badan ular ini bukan satu masalah baginya.

Ini akan meningkatkan kepantasan dan kecekapan Titanoboa dalam menangkap mangsa. Ini juga adalah yang memungkinkan haiwan laut seperti ikan paus berkembang dengan begitu besar.

Interaksi dengan manusia

ular gergasi titanoboa 715

Jika Titanoboa dapat menyesuaikan diri dengan dunia hari ini, bagaimana pula perasaan dan reaksi kita hidup bersama-sama haiwan pra-sejarah ini?

Kita sudah biasa menjadi "ketua" kepada semua makhluk bernyawa di atas muka Bumi, namun jika ia melibatkan ular gergasi ini, terdapat dua kemungkinan.

Jika kita berasa terancam, kita boleh memburu makhluk ini sehingga ia pupus atau mengurangkan populasinya sehinggakan ia tidak berani untuk mengancam manusia.

Namun ia dianggap sebagai merugikan memandangkan kehebatan dan fungsi ular ini yang tersendiri. Lagipun, jika ular ini masih hidup, ia dapat memberikan manfaat yang tidak dijangkakan.

Kulit ular yang dicelup menjadi semakin popular dalam industri fesyen sebagai bahan utama kepada barangan seperti beg tangan dan kasut.

Dengan ini, Titanoboa dapat menawarkan kuantiti yang banyak kepada bahan mahal ini, menjadikan kulit ular lebih berpatutan daripada yang ada sekarang dalam membantu ekonomi global

Satu lagi kemungkinan adalah ular Titanoboa ini akan hidup di kawasan di mana kurangnya interaksi dengan manusia seperti perairan laut dalam.

Ia akan menjadikan haiwan air sebagai makanan dan menjalani kehidupan yang sangat berbeza yang dinikmati di hutan satu ketika dahulu.

gambaran titanoboa

Ataupun, mungkin ular ini benar-benar masih wujud dan tinggal di laut dalam pada hari ini.

Kita tidak dapat menafikan hal ini sepenuhnya dan menurut perkhidmatan Lautan Nasional Amerika Syarikat, kita baru sahaja menjelajahi 5% daripada lautan Bumi dan sebahagian besarnya masih tidak diterokai terutama permukaan lautan.

Melihatkan keadaan baru yang kita alami ketika ini iaitu iklim yang lebih panas disebabkan oleh pemanasan global, ia sebenarnya boleh mencetuskan kemunculan semula jenis ular raksasa seperti Titanoboa.

Seperti yang kita tahu, reptilia bergantung pada suhu luaran untuk memanaskan badan dan semakin panas suhu, maka semakin membesar saiz reptilia untuk menyelaraskan pertukaran tenaga.

Maka tidak hairanlah tempat yang sama di mana Titanoboa ditemui menjadi lokasi kepada kubur kura-kura dan buaya. menjadi kuburan untuk bergabung dengan kura-kura di buaya.

Walau bagaimanapun, para saintis menjelaskan bahawa evolusi seperti kemunculan semula haiwan yang telah pupus tidak akan berlaku dalam tempoh yang singkat.

Spesies baru memerlukan masa geologi untuk berkembang dan ini memerlukan masa yang lama lebih daripada sejuta tahun untuk ular gergasi ini kembali mendiami Bumi. 

Rujukan:

1. Smithsonianmag

2. Britannica

3. Mind




Hakcipta iluminasi.com (2017)