Bendera adalah simbol penting bagi sesebuah negara, melambangkan identiti, sejarah, dan kedaulatan negara itu.
Oleh sebab itulah ada sesetengah pihak melihat wujudnya keperluan tinggi untuk rakyat sesebuah negara mempertahankan bendera, daripada disalahguna, dihina atau diperlakukan seakan tiada nilainya.
Namun terdapat beberapa undang-undang yang layak dikatakan aneh berkenaan bendera di beberapa buah negara. Jom kita bincangkan tentang undang-undang aneh ini dan kenapa kerajaan negara-negara ini, memperkenalkan undang-undang sebegini rupa.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Filipina tidak benarkan bendera disarung
Negara jira kita Filipina mempunyai undang-undang berkenaan bendera yang dianggap sangat ketat.
Bendera Filipina sama sekali tidak boleh digunakan sebagai pakaian, sarung atau hiasan. Fabriknya uga tidak boleh disentuh oleh tanah atau air dan mesti dipamerkan mengikut kaedah yang betul, seperti peraturan yang telah ditetapkan.
Jika undang-undang ini dilanggar, pesalah rakyat Filipina boleh dikenakan denda atau penjara.
2. Switzerland kawal bendera mereka
Negara Switzerland pula mempunyai undang-undang mengenai bendera yang agak unik.
Mereka langsung tidak membenarkan penggunaan bendera negara itu untuk tujuan komersial, melainkan dengan kebenaran. Peraturan ini merangkumi penggunaan bendera dalam paparan media seperti iklan atau visual pada mana-mana produk.
Pesalah boleh dikenakan denda yang tinggi sekiranya melanggar dan menyalahguna bendera Switzerland sewenang-wenangnya.
3. Portugal wajibkan bendera digantung berpasangan
Bagi Portugal pula mereka mempunyai satu undang-undang khusus yang pada pengetahuan penulis, hanya wujud di negara mereka.
Rakyat Portuhal dilarang menggantung bendera negara luar secara bersendirian di ruangan rumah seperti balkoni, sebaliknya aktiviti penggantungan bendera mestilah disertai dengan bendera Portugal. Wajib!
Undang-undang ini dilaksanakan dengan harapan untuk melindungi identiti dan kedaulatan negara mereka, serta membentuk jati diri dan identiti warganegara yang jitu serta padu.
4. Denmark benarkan rakyat bakar bendera sendiri
Di Denmark, dalah dibenarkan untuk seorang rakyat negara itu membakar bendera Denmark, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk membakar bendera negara asing.
Undang-undang yang diperkenalkan sejak tahun 1936 mencerminkan sikap negara itu yang mahu dilihat tinggi sikap menghormati simbol negara lain. Selain Denmark, tiga lagi negara iaitu Austrlia, Kanada dan Belgium turut mempunyai peraturan hampir serupa.
5. Sementara itu di Amerika Syarikat...
Amerika Syarikat pula mengambil pendekatan jauh berbeza berbanding mana-mana negara dunia lain. Mereka membenarkan pembakaran bendera sendiri sebagai satu bentuk kebebasan bersuara atau protes...
Dan mereka juga membenarkan rakyat mereka membakar apa saja bendera negara lain yang mereka suka, tanpa kekangan.
Mahkamah Agung negara itu telah memutuskan bahawa pembakaran bendera walaupun negara sendiri adalah dilindungi di bawah Pindaan Pertama sebagai salah satu bentuk kebebasan bersuara yang dimiliki setiap warganegara.
Jadi tak menghairankan kalau setiap kali berlakunya tunjuk perasaan dan protes di sana, yang menjadi mangsa pastinya adalah bendera.