Setiap daripada spesis haiwan yang wujud di atas muka Bumi mempunyai jangka hayat yang berbeza-beza. Ada yang boleh hidup beberapa hari sahaja manakala ada pula yang boleh hidup lebih lama berbanding manusia.
Dalam hal ini, ia berlaku kepada Jonathan.
Jonathan adalah kura-kura gergasi Seychelles, sejenis subspesis dari kura-kura gergasi Aldabra. Menetas pada tahun 1832, ia dikenali sebagai haiwan daratan paling tua di dunia, berusia 187 tahun pada tahun 2019.
BESARKAN TEKS A- A+
Ketika ini Jonathan tinggal di pulau di Saint Helena, sebuah Wilayah Luar Negara British di Laut Atlantik Selatan.
Jonathan dibawa ke Saint Helena dari Seychelles pada tahun 1882 ketika berusia 50 tahun, bersama-sama kura-kura yang lain. Namanya diberkan pada tahun 1930an oleh Gabenor Sir Spencer Davis.
Ia terus hidup di di Plantation House, rumah rasmi Gabenor Sir Spencer dan merupakan milik kerajaan Saint Helena.
Umur Jonathan yang panjang ini telah mengejutkan ramai orang. Dia adalah ahli tertua daripada kalangan 3 ekor kura-kura gergasi yang tinggal di rumah itu.
(Jonathan, kiri, bersama rakannya, David)
Kura-kura gergasi kedua tertua di Plantation House iaitu David yang berusia 80 tahun.
Usianya dianggarkan berdasarkan hakikat bahawa ia "matang sepenuhnya" ketika dibawa ke St. Helena pada tahun 1882.
"Matang sepenuhnya" bermakna berusia sekurang-kurangnya 50 tahun, menjadikannya tarikh lahir Jonathan selewat-lewatnya pada tahun 1832.
Sekeping gambar memaparkan Jonathan yang pada asalnya dikatakan bertarikh tahun 1902 sebenarnya diambil pada tahun 1886, menunjukkan Jonathan empat tahun selepas kedatangannya ke Saint Helena.
Ukuran yang diambil dari gambar itu menunjukkan bahawa haiwan ini sudah matang sepenuhnya pada tahun 1886.
(Gambar Jonathan dan penjaganya ketika ia pertama kali sampai di Pulau Saint Helena pada tahun 1882)
Pada 5 Disember 2008, Daily Mail menerbitkan artikel mengenai Jonathan dan mendakwa bahawa ia adalah kura-kura yang sama yang digambarkan dalam gambar.
Jangkaan Daily Mail tahun gambar tersebut diambil adalah salah namun anggaran tarikh Jonathan menetas oleh mereka adalah tepat.
Artikel itu juga tersalah menyatakan bahawa Jonathan adalah spesies Testudinipae cytodira.
Pemegang rekod yang disahkan sepanjang zaman bagi kura-kura tertua di dunia menurut Rekod Dunia Guinness adalah Tu'i Malila, yang meninggal di Tonga pada tahun 1965 pada usia 189.
Adwaita, kura-kura gergasi Aldabra yang mati pada tahun 2006 di Alipore Taman Zoologi Kolkata, India, dipercayai telah hidup hingga usia 255 tahun tetapi fakta ini belum disahkan.
(Gambar Jonathan diabadikan pada wang syiling 5 pence Saint Helena)
Kerana tersangat popular, potret Jonathan diabadikan pada duit syiling Saint Helena bernilai 5 pence.
Sehingga Disember 2015, Jonathan dilaporkan masih hidup dan sihat.
Walaupun Jonathan dikatakan buta sepenuhnya akibat katarak, namun ia masih boleh bergerak ke sana-sini dengan baik.
Ia juga mengalami masalah kesihatan lain seperti hilang deria bau dan tidak boleh mengesan makanan manakala kura-kura gergasi lain yang hidup bersamanya mampu mengesan sekecil-kecil cebisan makanan yang ada di atas tanah.
Jantina Frederika, salah satu daripada kura-kura betina kegemaran Jonathan, diragui pada tahun 2017 apabila doktor haiwan pulau itu iaitu Catherine Man menunjukkan bahawa disebabkan kecacatan cangkerang, plastron (kulit keras di belakang kura-kura) haiwan ini tidak dapat disahkan.
Sejak itu, Frederika telah diisytiharkan sebagai jantan.
Rujukan:
1. The Dodo
2. Jonathan