Pengguna Android yang tidak mengemaskini kepada sistem operasi Android Oreo berisiko untuk menghadapi ancaman malware terbaru. Malware tersebut membolehkan penggodam mengendalikan telefon pintar mangsa dari jauh. Android Oreo mula dilancarkan pada Ogos 2017 dengan versi terbaru OS Google yang untuk beberapa jenis peranti. Android Oreo pada waktu ini mampu untuk membunuh “tweak” (melakukan perubahan kecil ) dan beberapa penambahbaikan kepada sistem pengendalian telefon pintar serta tablet.
BESARKAN TEKS A- A+
Terdapat 8 perubahan utama pada dalam pengulangan peranti termasuk titik notifikasi pada aplikasi ikon, pemain video dan juga kemasukan maklumat peribadi dan kata laluan secara autofill dengan cepat dan selamat. Android Oreo juga berupaya menyekat aplikasi yang digunakan secara senyap untuk memastikan penggunaan bateri di tahap optimum dan dapat digunakan dengan lebih banyak daripada setiap caj. Walaupun terdapat banyak versi Android namun Oreo memberikan lebih banyak perubahan dan pembaikan daripada versi Android yang sebelumnya . Salah satu sebab penting adalah peningkatan sistem keselamatan Android tersebut.
Pakar keselamatan juga telah member amaran kepada sesiapa yang masih belum menaik taraf sistem operasi Android Oreo kemungkinan bakal terdedah kepada ancaman malware tersebut. Palo Alto Networks menyatakan bahawa mana-mana sistem yang masih belum dipertingkatkan ke Android Oreo berisiko mempunyai kelemahan sistem yang tinggi. Pengguna Android versi lama lebih berisiko untuk terkena serangan malware yang akan memaparkan paparan skrin yang palsu untuk memastikan pengguna klik paparan palsu tersebut dan dari situ malware tersebut akan mengawal peranti telefon pintar itu. Ia sebenarnya menyembunyikan paparan yang asli dan mengantikan dengan paparan yang palsu.
Senario kes yang terburuk berlaku adalah ia boleh membenarkan perisian itu mampu untuk mengawal telefon dan menjadikan ia tidak dapat digunakan.Ia kemudiannya boleh menyebarkan malware yang bahaya iaitu “ransomware malware” yang mampu mencuri maklumat peribadi anda seperti maklumat akaun,lokasi dan sebagainya. Sesiapa yang masih menggunakan telefon versi Android yang lebih lama diharap dapat mengambil berat dengan memasang android versi tersebut untuk memastikan telefon pintar anda berada dalam keadaan lebih selamat dari mana-mana ancaman malware.
Kebanyakkan orang percaya bahawa aplikasi yang mempunyai cubaan jahat untuk melakukan serangan mesti melepasi dua halangan penting untuk berjaya seterusnya menembusi peranti tersebut. Antara dua halangan tersebut adalah supaya memastikan bahawa anda tidak memberikan kebenaran setiap kali aplikasi yang tidak dikenali muncul untuk dipasang dan seterusnya memastikan aplikasi hanya dipasang melalui Google Play.