Kita semua tahu bahawa usia telefon pintar dan penyusutan nilainya adalah pada kadar yang sangat mengejutkan.
Namun, menurut laporan oleh laman sesawang BankMyCell, iPhone mengekalkan nilainya jauh lebih baik dan lebih lama berbanding telefon pintar Android.
BankMyCell menerbitkan data setelah memantau hampir 300 telefon untuk nilai penjualan semula dari pelbagai vendor pada tahun 2019.
BESARKAN TEKS A- A+
Berita buruk bagi pengguna Android, peranti ini kehilangan nilai hampir dua kali lebih cepat daripada iPhone.
Laporan menunjukkan bahawa, secara purata iPhone kehilangan 23.45% nilainya pada tahun pertama, sementara kebanyakan telefon flagship Android kehilangan 45.18% dalam jangka masa yang sama.
Untuk tahun kedua, iPhone mengalami penyusutan jualan semula sebanyak 45.46%, sama seperti penyusutan nilai telefon Android pada tahun pertama.
Apa yang mengejutkan adalah penyusutan nilai telefon Android pada tahun kedua dari nilai asalnya adalah sebanyak 71.41%.
Ini bermaksud bahawa penyusutan nilai jualan semula telefon pintar Android adalah dua kali ganda berbanding telefon pintar iPhone.
Tetapi bukan hanya telefon pintar Android kelas atasan sahaja yang mengalami tahap penyusutan yang besar dalam dua tahun pertama.
Menurut BankMyCell, peranti Android dengan harga pelancaran sekitar RM 1,400 atau kurang, kehilangan separuh nilai jualan semula hanya dalam tempoh setahun.
Pemilik jenama telefon pintar bajet popular seperti Samsung, Motorola, LG, HTC, dan Google rata-rata kehilangan -48.65% nilai trade-in dalam tempoh 2019 hingga 2020.
Sebagai contoh, kita bandingkan peranti iPhones dengan Samsung Galaxy S10.
iPhone XR kehilangan -21.55% dari nilai trade-in nya sepanjang tahun 2019, berbanding dengan Galaxy S10e yang kehilangan -37.98% dalam tempoh 9 bulan sahaja.
iPhone XS pula kehilangan -23.31% dari nilai trade-in nya sepanjang tahun 2019, berbanding dengan Galaxy S10 yang melihatkan penysytan sebanyak -45.26% dalam hanya tempoh 9 bulan.
Bagi iPhone XS Max pula, nilai trade-in nya susut sebanyak -25.51% sepanjang tahun 2019, berbanding Galaxy S10+ yang susut sebanyak -45.26% dalam tempoh 9 bulan.
Dan dalam kes ini, Samsung bukanlah yang terburuk dari segi penyusutan nilai.
Peranti-peranti telefon pintar seperti Motorola, LG dan Google berhadapan dengan masalah yang lebih buruk.
Motorola kehilangan purata -59.41% di antara Januari dan Disember 2019.
Motorola One (2018) mengalami penurunan nilai terpantas dan tertinggi pada kadar -75.84% (RM 576).
LG pula kehilangan nilai -56.76 di antara Januari dan Disember 2019. Nexus 5X (2015) adalah peranti LG yang berhadapan dengan penyusutan paling pantas iaitu pada kadar -70.59%, manakala model V30 (2017) kehilangan nilai tertinggi sebanyak RM 619.
Google berhadapan purata penyusutan sebanyak -51.68% di antara Januari dan Disember 2019, dengan Pixel 3 (2018) mengalami penyusutan terpantas dan tertinggi pada kadar -56.70% iaitu pengurangan RM 1,140.
Di bawah adalah kedudukan telefon pintar daripada yang terbaik kepada yang terburuk dari segi penyusutan nilai. Apa yang mengejutkan adalah Nokia berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang Apple:
- Peranti Apple kehilangan nilai secara purata -25.98% antara Jan dan Dis 2019
- Peranti Nokia kehilangan nilai secara purata -27.68% antara Jan dan Dis 2019
- Peranti Sony kehilangan nilai secara purata -31.30% antara Jan dan Dis 2019
- Peranti HTC kehilangan nilai secara purata -32.01% antara Jan dan Dis 2019
- Peranti Samsung kehilangan nilai secara purata -34.42% antara Jan dan Dis 2019
- Peranti BlackBerry kehilangan nilai secara purata -34.92% antara Jan dan Dis 2019
- Peranti Google kehilangan nilai secara purata -51.68% antara Jan dan Dis 2019
- Peranti LG kehilangan nilai secara purata -56.76% antara Jan dan Dis 2019
- Peranti Motorola kehilangan nilai secara purata -59.41% antara Jan dan Dis 2019
Jika anda ingin membeli telefon pintar dan mempunyai niat untuk menjualnya semula pada masa akan datang, maka pilihan yang tepat adalah dengan membeli iPhone. Namun, ini terserah kepada pilihan masing-masing.
Rujukan:
2. ZDNet
3. BankMyCell