Sekiranya anda menggunakan Android, maka Google Play adalah tempat dimana anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi untuk kegunaan telefon pintar anda. Ianya sangat mudah digunakan dimana aplikasi-aplikasi ini dikategorikan kepada beberapa kategori seperti permainan, bisnes, buku dan sebagainya.
Aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma sementara sesetengahnya berbayar. Dalam ratusan ribu aplikasi Android yang disenaraikan dalam Google Play, pernahkah anda tertanya-tanya apakah aplikasi termahal yang dijual di Google Play?
BESARKAN TEKS A- A+
Kali ini, kami ingin berkongsi senarai 7 aplikasi paling mahal yang dijual di Google Play.
7. Most Expensive Android Widget – $199
Aplikasi Most Expensive Android Widget yang berharga $199 ini lebih sekadar jika anda hendak menunjuk-nunjuk. Tiada apa yang menarik mengenainya. Selepas memuat turun aplikasi ini, ia akan memaparkan sebuah widget besar di homescreen telefon anda dengan tulisan "You are the owner of The Most Expensive Android Widget" yang bermaksud "Anda adalah pemilik widget Android paling mahal di dunia".
6. Vuvuzela World Cup Horn Plus
Masih ingat lagi mengenai penggunaan sebuah alat tiupan yang diberi nama Vuvuzela sewaktu Piala Dunia 2010? Ianya diharamkan sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam stadium kerana bunyinya yang sangat bising boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemain di atas padang. Apakah fungsi aplikasi ini? Untuk menghasilkan bunyi vuvuzela. Hanya goncangkan telefon anda untuk mengeluarkan bunyi vuvuzela tanpa henti dan goncangkan kembali telefon anda untuk menghentikannya.
5. Super Color Runner – $200
Aplikasi ini berharga $200 dan merupakan aplikasi permainan termahal. Ianya adalah sebuah permainan mudah dimana karakter dalam permainan tersebut akan berlari tanpa henti sambil mengelak halangan dan mengutip barangan yang ada. Walau bagaimanapun, membelanjakan $200 untuk permainan sebegini adalah sesuatu pembaziran.
4. Zollinger’s Atlas of Surgery - $249
Aplikasi yang berharga $249 ini mungkin aplikasi paling bermanfaat dalam banyak-banyak aplikasi yang ada dalam senarai ini. Ianya adalah sebuah panduan perubatan yang menyenaraikan lebih 230 prosedur pembedahan sebenar. Isi kandungannya diambil daripada buku Zolliger’s Atlas of Surgical Operations edisi ke-9 keluaran McGraw-Hill. Aplikasi ini adalah untuk kegunaan para doktor membuat rujukan dan bukanlah untuk kegunaan orang awam.
3. Im Rich$ - $384.99
Aplikasi yang tiada fungsi sebaliknya hanya memaparkan gambar diamond yang memenuhi skrin telefon pintar anda. Walau bagaimanapun, aplikasi ini tetap dimasukkan dalam senarai ini memandangkan ianya sebuah aplikasi yang sah dan dijual di platform Google Play.
2. The Most Expensive App - $400
Aplikasi ini berharga $400. Kegunaan dan fungsinya? Tiada. Ianya hanya sebuah app semata-mata di mana apabila anda membukanya, ianya akan memaparkan sebuah skrin hitam yang memaparkan tulisan “You’ll see a shiny diamond here." yang bermaksud "Anda akan melihat sebuah diamond yang berkilat disini". Bagi kami, ianya hanyalah sebuah prank bagi pengguna yang menggunakan kata kunci "The most expensive app" di Google Play.
1. Abu Moo Collection - $400 ($2400)
Aplikasi termahal yang dijual di Google Play adalah aplikasi Abu Moon Collection. Penciptanya telah mencipta 6 siri aplikasi ini dimana setiap satunya berharga $400, menjadikan jumlah keseluruhannya $2400. Setiap satu aplikasi dalam siri ini hanya memaparkan sebuah ikon batu pertama di telefon pintar anda. Apakah kegunaan aplikasi ini? Tiada, hanya untuk menunjuk-nunjuk anda seorang yang kaya dan mampu membeli aplikasi ini.
Setelah melihat aplikasi-aplikasi dalam senarai ini, kami sendiri pun hairan bagaimana harga bagi sesuatu aplikasi itu ditentukan. Dalam senarai ini, aplikasi yang dirasakan harganya sesuai dengan isi kandungan dan fungsinya hanyalah aplikasi Zollinger’s Atlas of Surgery yang menduduki tangga ke 4.
Kredit: