Satu ketika dahulu peranti seperti walkman menjadi kurang popular disebabkan kehadiran discman.

Kemudian discman pula diancam kepupusan dimamah usia disebabkan oleh kewujudan peranti yang mampu menyimpan lagu secara terus dan bersaiz lebih kecil yang diberikan nama jolokan "Mp3".

8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun 2

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan kecanggihan teknologi yang semakin tidak masuk akal, hidup kita kini dibanjiri dengan item dan peranti yang mana berubah setiap hari.

Berikut adalah 8 teknologi masa kini yang bakal mengalami nasib yang sama dalam tempoh 20 tahun.

1. Cermin pandang belakang

cermin pandang belakang kamera 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun

Melihatkan betapa pesatnya teknologi berkembang ketika ini, adalah tersangat mungkin untuk syarikat-syarikat pengeluar kereta menukarkan penggunaan cermin pandang belakang kepada menggunakan kamera.

Tambahan pula, kamera tersebut perlu mengikut standard dengan kereta tanpa pemandu, yang mana kini menjadi semakin popular.

Kamera juga menjadi semakin murah yang mana akan menggalakkan syarikat-syarikat ini untuk turut menukarkan cermin sisi kepada kamera.

2. Alat kawalan jauh 

alat kawalan jauh 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun

Pasti semua di antara kita pernah mengalami situasi di mana kita berhempas pulas mencari alat kawalan jauh untuk menukar saluran TV. Tetapi itu dahulu.

Berbilion-bilion peranti kini sudah disambungkan ke  Wi-Fi, bermakna teknologi boleh dikawal melalui komputer, tablet, telefon pintar dan jam pintar.

Produk-produk seperti Google Home dan Amazon Alexa kini sudah boleh mengawal lampu dan peranti di rumah anda dengan hanya menggunakan suara sahaja.

Bayangkan bagaimana teknologi yang akan wujud dalam masa 20 tahun lagi. Malah alat kawalan untuk penghawa dingin di rumah anda mungkin tidak lagi berguna, kerana anda hanya perlu memberitahu "pembantu rumah" anda untuk mengubah suhu kediaman anda.

3. Kad kredit

kad kredit 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun

Apabila kad kredit pertama kali dicipta, ia membuatkan pembayaran makanan dan hiburan menjadi pantas dan sangat efisyen. 

Kad kredit pertama diperkenalkan pada tahun 1950 oleh Diners Club. Syarikat ini memperoleh lebih daripada 20,000 pemegang kad kredit dalam masa kurang setahun.

Namun ia sudah hampir 70 tahun, dan teknologi kini sedang berubah sekelip mata sahaja. Kini anda boleh membuat pembayaran di pelbagai kedai atau pasaraya dengan hanya melalui telefon pintar anda.

Sesetengah syarikat mempunyai aplikasi mereka sendiri, manakala yang lain menggunakan pilihan pembayaran yang terdapat pada sesetengah telefon pintar baru sahaja, termasuklah Samsung Pay. 

Pada masa akan datang, kemungkinan kita boleh membuat pembayaran dengan hanya menggunakan imbasan cap jari. Tak mustahil kan?

4. Kunci logam / fizikal

kunci logam 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun

Teknologi untuk menggantikan kunci logam secara sepenuhnya telahpun wujud dan masa akan menentukan nasib kunci fizikal untuk terhapus sepenuhnya.

Kebanyakan kereta masa kini, termasuk Perodua MyVi model baharu tidak lagi menggunakan kunci fizikal untuk menghidupkan enjin, sebaliknya menggunakan butang elektronik yang hanya memerlukan peranti kunci untuk berada berdekatan dengan kereta atau dalam poket pemandu.

Malah, kecanggihan teknologi tanpa batasan kini membolehkan anda membuka kunci dengan menggunakan arahan suara, jari atau imbasan retina, bahkan dengan isyarat tertentu. 

Bayangkan anda kini boleh membuka kunci pada pintu rumah atau bangunan hanya dengan menekan butang pada telefon pintar anda sahaja, jadi siapa yang perlukan kunci fizikal lagi kan?

Tak cukup dengan itu, percaya atau tidak, anda juga boleh mendapatkan implan kecil pada tangan anda yang mana kunci akan terbuka jika anda berada dekat dengannya.

5. Pengecas telefon berwayar

pengecas telefon berwayar 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun

Bayangkan anda tak perlu risau lagi bateri telefon pintar anda kehabisan ketika anda berada di luar. Tiada lagi missed call atau terputus panggilan disebabkan oleh masalah bateri dan semuanya diselesaikan tanpa perlu menyambungkan telefon anda dengan pengecas berwayar.

Walaupun masih digunakan secara meluas, namun pengecas berwayar kini boleh dikatakan dalam perjalanan untuk lenyap memandangkan kebanyakan telefon kini direka untuk dicas pada pad tanpa wayar.

Dan kini, pelbagai syarikat sedang mencipta peranti yang menggunakan gelombang radio dan Wi-Fi untuk mengecas telefon pintar anda.

6. ATM dan dompet

mesin atm dan dompet 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun

Cara pembayaran dalam kehidupan seharian mengalami perubahan setiap beberapa tahun, tetapi tunai adalah cara yang paling kita suka.

Namun, dengan kad dan perbankan atas talian, diramalkan bahawa ia tidak akan mengambil tempoh yang lama untuk kerajaan menghentikan pembaziran bajet untuk mencetak wang kertas, dan bertukar ke mata wang digital sahaja.

Ketika ini, hanya kira-kira 684 juta orang atau 9% daripada populasi dunia menggunakan wang kertas. Sebaik sahaja wang tunai dan kad semakin diketepikan, item-item seperti dompet dan ATM tak akan berguna lagi.

7. Jarum suntikan

jarum suntikan 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun

Berita baik bagi mereka yang fobia dengan jarum. Era penggunaan jarum dalam suntikan bakal berakhir. Para penyelidik dan jurutera dari MIT mengumumkan dua projek baru dalam usaha menamatkan suntikan menggunakan jarum.

Salah satu daripada 2 projek ini adalah sejenis teknologi suntikan-jet, yang mampu menembak bahan lebih laju daripada kelajuan bunyi melalui pembukaan kulit anda yang sempit.

Projek kedua adalah melibatkan pesakit untuk menelan kapsul yang mengandungi jarum di dalamnya. Selepas jarum kecil itu menyuntik ke dalam lapisan perut, ia akan lenyap melalui sistem pencernaan.

8. Panggung wayang / pawagam

panggung wayang 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun

Dikatakan bahawa panggung wayang sedang berada di penghujung hayatnya. Idea ini dikatakan popular betul-betul selepas TV dicipta dan membuatkan sesiapa sahaja boleh menonton filem di ruang tamu.

Walaupun masih ramai orang yang menonton wayang, namun teknologi sudah semakin berkembang. Kita kini sudah boleh menikmati filem 3-D melalui televisyen. 

Dalam jangka masa panjang, kosnya akan menjadi lebih murah dan membuatkan jualan tiket di panggung wayang merudum. 

Jika satu ketika dahulu industri wayang tergugat kerana aktiviti cetak rompak, namun kini ia tergugat oleh faktor yang lebih dahsyat.

panggung wayang 8 teknologi masa kini yang bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun 2

Dengan teknologi komputer dan internet yang semakin pesat, orang ramai kini dengan mudah boleh menonton filem terbaru hanya dengan berada di depan komputer.

Malah, ramai yang menonton siaran TV dan drama melalui komputer, dan juga melalui perkongsian di Facebook.

Dan walaupun kini pawagam menawarkan tempat duduk yang lebih selesa, malah ada yang menawarkan katil, namun ia tidak dapat menandingi keselesaan menonton di rumah sendiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)