Sekiranya ada biasa melakukan transaksi secara online, anda pasti pernah mendengar mengenai Paypal. Pada tahun 2013, Google telah memperkenalkan sistem pembayaran online mereka sendiri yang dikenali sebagai Google Wallet. Antara kelebihan Google Wallet berbanding Paypal adalah dimana untuk transaksi pemindahan duit ke bank, tiada caj yang akan dikenakan kepada pengguna.

Walaupun Google Wallet tidak sepopular Paypal, Google terus menambah baik fungsi yang ada padanya untuk menarik perhatian pengguna baru. Jika sebelum ini penggunaan Google Wallet adalah terhad kepada pengguna komputer, baru-baru ini Google telah mengintegrasikan fungsi Google Wallet ini kedalam Gmail agar ianya lebih mesra kepada pengguna telefon pintar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang menariknya, pengguna yang ingin menggunakan fungsi ini tidak perlu memuatnaik aplikasi berasingan untuk membuat pembayaran menggunakan Google Wallet. Sebaliknya, fungsi ini boleh digunakan terus pada Gmail.

Persaingan antara nama-nama besar dalam transaksi online bukanlah perkara baru memandangkan Snapchat juga telah memperkenalkan Snapcash untuk fungsi sebegini manakala Facebook juga telah memperkenalkan perkara yang sama ada aplikasi Messenger mereka.

Kredit gambar: Techcrunch




Hakcipta iluminasi.com (2017)