Adalah agak aneh untuk memikirkan bahawa terdapat penjara rahsia dalam dunia moden yang kita hidup ketika ini. Lagipun, dengan wujudnya media sosial dan telefon pintar, tentunya tiada apa yang boleh dirahsiakan lagi kan?

Walaubagaimanapun, ini tidak benar. Sebenarnya, terdapat banyak penjara rahsia di seluruh dunia yang ditubuhkan oleh pelbagai kerajaan dan agensi perisikan untuk menahan orang ramai.

Kebanyakannya digunakan sebagai tempat seksaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. iluminasi.com kongsikan 8 penjara rahsia paling menakutkan di seluruh dunia. 

8. Salt Pit - Afghanistan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini adalah tapak rahsia CIA di Afghanistan yang ditubuhkan oleh agensi ini selepas serangan 9/11.

Seperti semua penjara dalam senarai ini, ia tidak wujud secara rasmi dan disebabkan itu tidak ada pihak yang bertanggungjawab terhadap kewujudannya.

Penjara rahsia ini digunakan oleh CIA untuk menahan mereka yang disyaki terlibat dengan keganasan untuk disoalsiasat.

Keadaan di sini adalah tersangat kejam dengan sel-sel penjara yang sangat sempit yang tidak mempunyai tingkap atau kemudahan asas. 

Banduan yang ditahan di siini biasanya akan dipukul dengan kerap dan diseksa dengan cara kejam seperti seksaan menggunakan air.

7. Cat’s Eye - Thailand

waterboarding

Walaupun kewujudannya secara rasmi ditolak oleh CIA dan kerajaan Thailand, namun ramai yang beranggapan bahawa lokasinya terletak berhampiran dengan Bangkok dan masih beroperasi sehingga kini.

Ia mula ditubuhkan pada tahun 2002 untuk menempatkan hanya seorang tahanan, iaitu Abu Zubaydah.

Abu Zubaydah kemudiannya disertai oleh beberapa orang lagi dan semuanya telah digunakan untuk membangunkan beberapa taktik soal siasat CIA yang lebih terkenal seperti penyeksaan "waterboarding".

"Wailing" adalah satu lagi teknik kegemaran yang digunakan di sini yang dialkukan dengan tahanan dihempaskan ke dinding. membabitkan tahanan yang membanting ke dinding.

6. Kem Lemonnier - Djibouti

camp lemonnier

Djibouti adalah sebuah negara kecil tetapi mempunyai kepentingan strategik utama.

Ia berdekatan dengan kedua-dua Somalia (yang merupakan syurga bagi lanun dan pengganas) dan Yaman yang mengalami banyak kekacauan awam sejak kebelakangan ini.

Ini membuatkan Kerajaan Amerika Syarikat menubuhkan kem rahsia ini, dengan itu mereka boleh melancarkan serangan terhadap sasaran di bahagian dunia ini dengan selamat.

Ramai juga percaya bahawa penjara rahsia ini berada di tempat yang sama di mana suspek dari negara jiran ditahan selepas diculik.

Apabila tiba di sini, tahanan akan dibelasah, tidak diberikan tidur dan pelbagai penyeksaan psikologi atau fizikal yang lain.

5. Penjara Gay Rahsia - Chechnya

penjara gay rahsia chechnya

Pada satu ketika, negara yang keras ini adalah sebahagian daripada kerajaan Soviet. Dan walaupun selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, ia melancarkan perang panjang untuk menjadi negara bebas terhadap Rusia.

Untuk mengakhiri konflik panjang ini, Rusia membenarkannya untuk bebas dan juga bersetuju untuk membiarkan Chechnya memerintah sendiri tanpa sebarang gangguan.

Ini telah melihatkan penjara rahsia untuk golongan homoseksual yang ditubuhkan walaupun ianya secara rasmi tidak wujud.

Chechnya tidak mesra terhadap golongan homoseksual sama sekali dan dilaporkan bahawa ramai homoseksual telah diseksa hingga mati di penjara ini.

Malah, wartawan Chechnya yang telah melaporkan kewujudan penjara-penjara ini juga telah dibunuh.

4. Temara Center - Maghribi

temara centre

Penjara rahsia ini terletak berhampiran dengan Rabat di Maghribi dan dikendalikan bersama-sama oleh CIA dan Maghribi. Ditubuhkan selepas serangan pengganas 9/11, ia pada mulanya hanya sebuah bilik soal siasat, namun tak lama kemudian ia dibangunkan sepenuhnya sebagai sebuah penjara rahsia.

Kerajaan Maghribi lebih menggunakan penjara ini untuk tahanan politik dan bukannya pengganas.

Tempat ini dikenali sebagai suatu tempat yang anda tidak akan dapat kembali jika ditahan, dan biasanya tubuh badan tahanan akan berakhir dengan beberapa keratan selepas diseksa dengan teruk selama beberapa hari.

Penjara ini dikatakan masih beroperasi sehingga hari ini.

3. Kem 7 - Guantanamo Bay

kem 7 guantanamo bay

Hampir semua orang tahu tentang penjara utama di Guantanamo Bay di mana Kerajaan Amerika Syarikat menghantar orang yang disyaki melakukan jenayah keganasan untuk dipersoalkan.

Namun, Kem 7 merupakan kem rahsia tersembunyi di dalam Guantanamo Bay yang tidak diketahui orang ramai dan hanya diketahui selepas 2 tahun ia dibina.

Ia digunakan untuk menempatkan tahanan tertentu yang dianggap bernilai tinggi oleh CIA untuk perhatian khusus. Walaupun tiada siapa yang akan bercakap tentang apa yang berlaku di dalam Kem 7 ini, namun anda boleh bayangkan sendiri betapa dahsyatnya keadaan di sini.

2. Penjara Hitam - China

penjara hitam china 492

Walaupun tidak wujud secara rasmi, namun China mempunyai banyak penjara haram di seluruh wilayahnya. Struktur kerajaan di China adalah masalah utama di sini.

Majlis-majlis mesyuarat tempatan adalah tempat pertama bagi mana-mana orang awam yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di bandar atau kampung mereka.

Ini bermakna orang ramai mesti melaporkan masalah itu kepada mereka terlebih dahulu dan kemudian baru melaporkan kepada kerajaan pusat selepas mereka tidak berpuas hati.

Untuk menjaga nama baik kerajaan pusat, banyak penjara haram ditubuhkan di wilayah tempatan oleh ahli majlis mesyuarat untuk menahan orang awam yang mengeluh terhadap masalah mereka.

1. Penjara tanpa nama - Ukraine

ukraine 536

Semasa konflik baru-baru ini antara Rusia dan Ukraine, didapati polis rahsia Ukraine (SBU) telah mendirikan penjara rahsia di lokasi seperti Kharkiv dan Mariupol.

Ia digunakan untuk menahan dan mempersoalkan siapa yang dirasakan telah membantu Rusia semasa konflik tersebut.

Salah seorang daripada mereka ditahan di sini selama lebih dari 500 hari dan dilayan dengan begitu teruk sehingga kehilangan buah pinggang.

Bentuk penyeksaan biasa di sini adalah membelasah, mengasingkan dan membekukan tahanan. 

Rujukan:

1. Daily Beast

2. ABC

3. Miami Herald




Hakcipta iluminasi.com (2017)