Sesiapa yang melakukan kejahatan pasti akan mendapat balasannya seperti penjenayah akan dimasukkan ke dalam penjara. Betul, tiada penjara yang selamat tetapi tahukah anda terdapat penjara yang sangat bahaya sehinggakan orang paling jahat pun boleh terkencing dalam seluar.
11. Penjara Pulau Rikers, New York
Di Pulau Rikers, terdapat sehingga 10 penjara di mana terdapat sebanyak 12,000 banduan penjara secara purata bagi setiap satu tetapi ia mempunyai bilik memuatkan 17,000 orang. Penjara Rikers mempunyai banyak kes banduan diserang, dirogol dan dibunuh oleh pengawal keselamatan.
BESARKAN TEKS A- A+
Pengawal keselamatan pernah memaksa dua orang banduan untuk lawan satu sama lain di mana pergaduhan antara dua banduan itu dianggap seperti hiburan bagi mereka yang melihat.
Siasatan telah dilakukan bagi kes-kes ini tetapi banyak rekod palsu ditulis untuk menyembunyikan penderaan oleh pengawal keselamatan. Ini menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak kerana sukar mendapat bukti bahawa banduan didera.
Mereka mengelak pihak berkuasa dengan menggunakan alasan bahawa pergaduhan itu berlaku disebabkan kelakuan banduan sendiri bukan kerana mereka yang memaksa.
10. Penjara La Sante, Paris
Paris terkenal kerana digelar dengan bandar "cinta" oleh pengunjung-pengunjung yang datang melihat menara Eiffel. Namun, bagi banduan yang terpaksa dihantar ke Penjara La Sante, perkataan cinta itu adalah kata dusta.
Jika dilihat sejarahnya, ia mempunyai fasiliti sekuriti yang sangat ketat kerana pegawai penjara ini memaksimumkan sekuriti yang ada di penjara ini. Ia dibuka pada tahun 1867, dan banyak kes penderaan yang berlaku di penjara ini.
Ketika Perang Dunia kedua, tahanan perang (POW) dan penjenayah biasa ditempatkan di sini namun sepanjang 150 tahun ia beroperasi hanya 3 banduan berjaya melarikan diri menunjukkan betapa ketatnya penjara ini.
9. Penjara Pulau Petak, Rusia
Pulau Petak ialah tempat di Rusia walaupun namanya petak, ia bukan berbentuk petak. Jangan terkeliru dengan nama ini. Tiada penjara yang selamat di Rusia kerana penjara-penjara di negara ini mempunyai tahap sekuriti yang sangat tinggi.
Penjara Petak ini terletak di Tasik Putih, Rusia dan merupakan tempat yang terpencil kerana seluruh penjara ini berada di atas pulau. Banduan harus menaiki bot untuk sampai ke penjara ini.
Pada musim sejuk, keadaaan menjadi lebih buruk kerana jangka hayat banduan menjadi lebih singkat. Puratanya suhu berada di -12 darjah Celsius pada musim sejuk tetapi ia boleh turun sehingga -40 darjah Celsius menyebabkan penderaan teruk terhadap banduan.
8. Penjara Bang Kwang, Thailand
Penjara ini terletak hanya beberapa kilometer daripada Bangkok dan menghuni ramai banduan asing. Penjara Bang Kwang ini merupakan penjara yang paling ketat di Thailand dan mempunyai sekuriti maksimum.
Pada 3 bulan pertama, kesemua banduan terpaksa memakai rantai dan bagi yang menunggu hukuman mati, mereka akan memakai rantai di kaki. Hampir 10% daripada banduan sedang menunggu hukuman mati dikenakan ke atas mereka.
Kesemua banduan yang masuk ke penjara ini perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya 25 tahun atas jenayah yang dilakukan. Ramai antara mereka yang menghidap penyakit akibat kekurangan nutrisi.
Mereka hanya disediakan sepinggan nasi dan sayur sekali sehari tetapi kantin disediakan untuk mereka yang mahu membeli makanan tambahan. Penjara mempunyai masalah kekurangan air selain masalah pembetungan. Ia juga sesak dengan banduan kerana terlalu ramai yang dimuatkan dalam penjara ini.
7. Penjara La Sabaneta, Venezuela
Rakyat Venezuela yang dipenjarakan di Penjara La Sabaneta mempunyai kemungkinan yang besar untuk mati daripada mereka yang hidup di Caracas. Bandar Caracas terkenal dengan ancaman yang dasyat kerana kes-kes jenayah yang berlaku di situ tetapi Penjara La Sabaneta lebih bahaya berbanding bandar ini.
Presiden Venezuela, Hugo Chavez pernah menungkapkan penjara ini sebagai "laluan neraka yang kelima". Penjara ini bahaya disebabkan faktor berlebihan banduan, kekurangan dana dan kekurangan staf pekerja.
Penjara ini dipegang oleh geng-geng penjenayah manakala kes rogol juga sudah dianggap seperti budaya biasa dalam penjara ini. Banduan yang tidak mempunyai kuasa atau geng tahu mereka akan mati dalam masa yang singkat. Rusuhan dan pembunuhan juga sudah menjadi asam garam dalam penjara ini.
6. Diyarbakir, Turkey
Penjara ini dibuka pada tahun 1980 dan sudah menjadi neraka bagi penduduk Kurdish. Pusat tahanan untuk penjenayah biasa dan tahanan politik ini sudah sesak dengan banduan kerana berlebihan orang.
Ia juga mempunyai banyak sejarah dengan kes-kes berdarah yang telah berlaku di dalam bangunan tersebut. Sejak mula beroperasi, ratusan banduan telah didera sehingga mati. Ada antara mereka yang sengaja membakar diri sendiri untuk melepaskan diri daripada kekejaman penjara itu.
Hari ini, terdapat sehingga 350 penjenayah lelaki dan perempuan berumur daripada 13 hingga 17 tahun yang terpaksa menghabiskan masa di kesemua penjara di Turkey termasuk Diyarbakir. Bayangkan betapa ngerinya bagi mereka.
5. Penjara Gldani, Georgia
Penjara ini dipenuhi dengan teknologi-teknologi terkini menyebabkan banduan penjara Gldani mengalami mimpi ngeri terburuk yang mereka pernah alami. Dengan teknologi ini, banduan terpaksa menjalani hari-hari sukar bagi sesiapa sahaja yang mahu teruskan kehidupan
Siasatan terpaksa dilakukan oleh pihak berkuasa daerah U.S.S.R apabila penjara ini menjadi terkenal setelah viralnya rakaman-rakaman menunjukkan bagaimana banduan didera, dibelasah dan dirogol dengan sewenang-wenangnya oleh pengawal keselamatan.
Rakaman tersebut menunjukkan bagaimana pengawal keselamatan melakukan liwat kepada banduan dengan menggunakan batang kayu penyapu dan baton pengawal. Setelah pendedahan ini tersebar ke seluruh dunia, kerajaan telah menangkap,mendakwa pengawal keselamatan yang tertuduh.
4. Penjara Sivil Contonou, Benin
Benin ialah sebuah negara kecil yang terletak di Barat Afrika bersebelahan dengan negara Togo dan Nigeria. Fasiliti di bandar Contonou hanya mampu memuatkan 400 orang tetapi sebanyak 2,400 orang menghuni di tempat ini termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Disebabkan terlalu sesak dalam penjara ini, banduan terpaksa tidur mengikut shift dan ada antara mereka yang mati akibat sesak nafas semasa tidur. Hampir 90% di antara mereka sedang menunggu perbicaraan.
Proses perbicaraan mengambil masa bertahun-tahun kerana masalah berlebihan kes perbicaraan dalam sistem kehakiman. Masalah ini bukanlah disengajakan kerana kekurangan dana untuk menjaga banduan ini. Walaupun mendapat bantuan antarabangsa, ramai banduan mati akibat penyakit yang tidak terawat.
3. Penjara Tadmor, Syria
Penjara yang terletak di padang pasir ini sangat menderitakan kerana penderaan yang dilakukan di dalam penjara ini tidak mengira apa status jenayah anda. Penderaan dilakukan sama rata daripada penjenayah normal kepada tahanan politik. Fasiliti ini ditutup pada tahun 2001 namun dibuka semula selepas sedekad berlalu.
Beberapa penambaikan dilakukan setelah dibuka semula namun ia masih lagi berada di tahap yang rendah kerana banduan juga bertambah. Pengawal keselamatan memerintah dengan bebas dan oleh sebab tiada buku, TV atau radio, mereka berhibur dengan mendera banduan.
2. Penjara Pusat Gitarama, Rwanda
Penduduk Rwanda sangat memahami maksud ketakutan. Selepas 20 tahun peperangan memecahbelahkan negara mereka, ketakutan itu masih lagi wujud kerana adanya Penjara Pusat Gitarama ini. Sesak dengan banduan dan kekurangan dana menambahkan masalah lagi bagi penghuni penjara ini.
Jika tidak mati dibelasah, mereka sama ada mati disebabkan kebuluran ataupun diserang penyakit berbahaya. Disebabkan terdesak untuk terus hidup, ada antara banduan membunuh dan memakan banduan lain.
Bukan kerana mahu mengamalkan kanibalisme, tetapi kerana terpaksa, mereka mengikut naluri untuk terus hidup. Tiada sel atau bilik bagi setiap banduan jadi ramai yang tidur di bawah katil, atas lantai yang terbuka serta di koridor.
Penjara ini dibina hanya untuk 500 orang tetapi ia menghuni hampir lima kali ganda daripada saiz tersebut secara puratanya.
1. Penjara Jiwa (Minda)
Penjara ini sangat berbahaya kepada semua walaupun penjara ini tidak memiliki pintu besi atau dinding konkrit di sekelilingnya. Ianya mampu membuatkan seseorang itu terpedaya dengan dunia dan terlalu mengejar kehendak yang sebenarnya adalah satu ilusi yang dibentuk oleh persekitarannya.
Biasanya banduan yang berada di dalam penjara ini, tidak mampu untuk berfikir di luar kotak kerana matlamat dan pemikiran banduan tersebut bukanlah terbit dari hati nurani sendiri. Mereka hanya menurut kepercayaan atau idea yang disemai oleh masyarakat, organisasi atau individu tertentu.
Banduan yang didalam tahanan penjara ini, berkebarangkalian tinggi mengalami tekanan jiwa yang amat dahsyat kerana ingin membuktikan sesuatu dan terlalu menjaga pandangan orang lain terhadap dirinya. Biasanya banduan-banduan ini terlahir dari kultus ajaran sesat yang menyuruh penganutnya mengejar kekayaan dunia semata.
Berhati-hati dengan penjara ini. Bersihkan jiwa, bersihkan minda. Hindari hedonisme.