Oleh pada 18 Aug 2018 kategori

Sebanyak 71% permukaan di bumi ini diliputi air. Jika membayangkan tentang jumlah air ini sudah pasti kita akan memikirkan air laut atau juga ais yang berada di kutub utara dan selatan. Namun tahukah anda terdapat beberapa sumber air di dunia ini yang berada tinggi di atas paras laut seperti contoh tasik di atas pergunungan Himalaya? Di dalam senarai ini kami ingin kongsikan bersama anda tentang 10 kolam atau tasik yang paling tinggi di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Kolam Damavand, Iran

damavand pool

Kolam Damavand ini terletak di Gunung Damavand, sebuah gunung berapi yang dikatakan mempunyai kuasa mistik mengikut hikayat Parsi. Hikayat yang dipanggil Shahnameh itu memuatkan ribuan puisi yang ditulis Ferdowsi pada tahun 977-1010. Di dalam hikayat itu juga menyatakan gunung ini sebagai simbol kemerdekaan Parsi (Iran) dari sebarang penjajah.

kolam tasik damavand

Seorang penulis Persia terkenal Mohammad Taqi Bahar menggelarkan gunung ini sebagai “kubah dunia” di dalam hasil penulisannya. Kolam Damavand terletak 5,650 kaki di atas paras laut di kawah puncak gunung ini. Kolam ini sentiasa beku dan akan mencair pada musim panas dan membentuk sebuah kolam berair.

9. Tasik Poquentica, Bolivia/Chile

poquentica lake

Tasik yang begitu indah ini terletak di sempadan negara Bolivia dan Chile. Tasik Poquentica ini terletak setinggi 5,750 meter di atas paras air laut di puncak gunung berapi yang tidak aktif. Ia selalunya beku dan sekelilingnya dipenuhi ais sepanjang tahun.

Salah seorang saintis bernama Nathalie Cabrol mengatakan tempat ini sebagai “Taman Tema Ahli Geologi”. Dia yang bersama pasukan saintis dari SETI Institute (pertubuhan non-profit yang mengkaji dan meneroka demi pengetahuan sains) telah meneroka tasik ini pada tahun 2005.

Mereka juga membuat ujikaji simulasi bagaimana berada di planet Marikh, sememangnya tempat ini terasa seperti bukan dari bumi seperti yang Cabrol nyatakan di dalam jurnalnya iaitu “Planet Earth has still a lot to teach us”. Kebanyakan tasik seperti ini sangat berbahaya untuk didatangi, namun bagi pasukan SETI ia adalah berbaloi dan menyumbang banyak informasi penting terhadap perkembangan sains.

8. Tasik Ridonglabo, Tibet

ridonglabo lake

Di kawasan pergunungan yang penuh misteri di Tibet, terdapat sebuah tasik iaitu Tasik Ridonglabo yang terletak setinggi 5,801 meter di atas paras laut dan ia terbentuk dari cairan glacier. Banyak tempat yang terjadi fenomena alam sebegini di Himalaya berpunca dari pemanasan global yang berlaku sekarang. Tasik ini terletak berhampiran puncak gunung Ridonglabo dan hanya 14km sahaja jarak dengan Gunung Everest.

tasik ridonglabo tibet

Tiada sebarang rekod eksporasi dari barat tentang tasik ini. Ini kerana disukarkan lagi dengan permasalahan mendapatkan kebenaran dari kerajaan China dan Tibet, membuatkannya sedikit mustahil. Namun ada juga mereka yang berani menjejakkan kaki ke sana dan mengambil gambar tasik tersebut.

7. Kolam Aguas Calientes, Chile

aguas calientes pool

Salah satu lagi tasik gunung berapi dan tasik ini terletak di puncak Cerro Aguas Calientes di Antofagasta, salah satu daerah di Chile. Terdapat juga gunung berapi lain yang berdekatannya seperti Acamarachi, Lascar dan Chiliques yang pernah meletus ribuan tahun dahulu dan dikhuatiri akan meletus lagi.

Kolam Aguas Calientes ini mempunyai mikroorganisma yang hidup di dalamnya membuatkan airnya seperti cairan berwarna merah. Ia terletak pada ketinggian 5,831 meter di atas paras laut dan tidak seperti Ridonglabo, tempat ini menjadi tumpuan pendaki dan pengkaji. Tempat ini juga kadangkala dirujuk dengan nama Simbad.

6. Tasik Licancabur, Bolivia/Chile

lake licancabur

Berbalik kepada sempadan Bolivia dan Chile semula. Salah satu gunung berapi di sini iaitu gunung Licancabur pernah diterokai oleh pasukan SETI dan di atasnya terletak sebuah tasik pada ketinggian 5,916 meter di atas paras laut. Gunung ini terletak betul-betul di atas sempadan kedua-dua negara ini akan tetapi tasik Licancabur ini berada di sebelah negara Chile, lebih kurang 1km dari sempadan.

tasik licancabur

Tasik ini agak besar berbanding dengan yang lain di dalam senarai ini dengan saiz 100m x 70m dan dengan 8 meter kedalaman airnya. Ia bukan sahaja menjadi tempat yang dijelajah saintis malah sepasukan penyelam juga pernah menyelam di sini bagi mendapatkan rekod selaman skuba paling tinggi di dunia.

Tasik ini juga dipercayai sebagai tempat suci oleh suku kaum Inca yang mendiami daerah berdekatan namun setakat ini belum ada sebarang penemuan besar di sini oleh saintis.

5. Kolam Acamarachi, Chile

acamarachi pool

Salah satu jiran gunung berapi Cerro Aguas Calientes di Chile iaitu Gunung Acamarachi juga mempunyai kolam kawahnya tersendiri di puncak teratas. Walaupun saiznya tidaklah begitu besar namun ketinggiannya pada 5,990 meter dari paras laut sangat mengagumkan.

Dengan kedudukan pada sudut 45 darjah mengikut permukaan gunung, kolam ini pernah diramalkan akan pupus kerana tiadanya aktiviti gunung berapi untuk jangka masa yang begitu lama.

tasik acamarachi

Walaupun begitu ia masih bertahan sehingga kini dan kecerunan kolam ini menjadi tumpuan para pendaki pakar dan berpengalaman. Banyak gambar kolam telah iambil oleh para pendaki. Para arkeologi juga menjumpai beberapa artifak kaum Inca di sana dan percaya kolam kecil ini pernah menjadi tapak suci bagi kaum pribumi itu di sini. Barangan artifak itu kini dipamerkan di Muzium Arkeologi R.P. Gustave Le Paige.

4. Kolam Rongbuk Timur, Tibet

east rongbuk pool

Salah satu lagi tasik di Tibet dan tasik ini merupakan tasik bermusim di mana ianya terbentuk apabila salji mula mencair. Tasik ini diberi nama sempena Glacier East Rongbuk (salah satu glacier yang menyumbang kepada air tasik ini).

Graham Hoyland ialah pengembara yang menjumpai tasik ini semasa misi jelajahnya di Himalaya. Semasa itu dia sedang mengembara bersama tentera tempatan dan hampir berlaku kejadian yang tidak diingini.

Hoyland memberitahu BBC bahawa dia berbincang dengan tentera untuk mendapatkan bahan letupan dari kampung berdekatan untuk meletupkan apa yang dilihatnya sebagai satu halangan pengembaraannya.

Walau bagaimanapun niatnya dihalang oleh campur tangan orang berpengaruh di kampung itu tidak membenarkan dia mengambil bahan letupan. Jika tidak tasik ke-4 tertinggi di dunia ini pasti mengalami kerosakan kekal.

3. Kolam Changtse, Tibet

changtse pool

Changtse Glacier ini juga turut membentuk sebuah kolam apabila mencair. Kolam Changtse ini terletak pada ketinggian 6,216 meter dari paras air laut. Cuma sedikit sahaja yang kita ketahui mengenai tasik yang berkeluasan 180 meter kali 230 meter ini.

tasik changtse

Puncak gunung Changtse ini bersambungan dengan Gunung Everest dan pernah dijelajah oleh George Mallory pada tahun 1924 dan tidak pernah kembali lagi apabila terkorban semasa misi beliau. Tidak dapat dipastikan dengan tepat oleh saintis mengenai kandungan di dalam tasik ini yang datang akibat cairan ais glacier ini.

2. Kolam Lhagba, Tibet

lhagba pool 650

Pada tempat ke-2 ialah tasik yang paling tinggi di pergunungan Himalaya. Kolam Laghba di Tibet ini terletak pada ketinggian 6,358 meter dari aras laut berhampiran cerunan di Gunung Everest dan lebih kurang 6km dari utara puncak gunung itu.

Tasik ini juga belum dikaji dengan mendalam dan masih banyak yang tidak diketahui, akan tetapi keluasan tasik ini diukur sepanjang 180 meter kali 50 meter. Mungkin pada masa hadapan saintis akan memulakan ekspidisi mengkaji di sini.

1. Nevado Ojos del Salado, Argentina

nevado ojos del salado

Sekarang tibalah masanya untuk sumber air yang paling tinggi di dunia. Terletak pada ketinggian yang mengagumkan iaitu 6,390 meter dari paras air laut. Tasik ini agak kecil dengan ukur keliling sepanjang 100 meter dan mempunyai kedalaman 10 meter.

Tasik kecil ini juga tidak mempunyai nama dan hanya menggunakan nama gunung berapi tempat tasik ini terletak iaitu Ojos del Salado yang membawa maksud “Mata kepada Air Masin”.

tasik nevado ojos del salado

Gunung berapi ini merupakan gunung berapi yang paling tinggi di dunia. Puncak gunung ini terletak di atas sempadan Argentina dan Chile dan kamu boleh mendakinya dari kedua-dua negara. Namun pendakian di sebelah Chile akan menjadi lebih mudah berbanding Argentina dari segi kemudahan dan keselamatan.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)