Mendaki Gunung Everest sehingga berjaya menawan puncaknya, menjadi impian ramai pendaki-pendaki profesional di seluruh dunia.
Ini kerana seperti yang kita semua tahu, puncak Everest merupakan puncak gunung tertinggi - jadi untuk menaklukinya, membawa satu prestij yang cukup besar kepada mereka yang sea levelmampu melakukannya.
Untuk kali ini kami bawakan kepada anda satu soalan mudah - "benarkah Gunung Everest adalah puncak tertinggi dunia?"
BESARKAN TEKS A- A+
Everest sebenarnya bukan gunung tertinggi dunia
Sebenarnya - Gunung Everest bukanlah gunung tertinggi di dunia. Gunung tersebut diisytiharkan sebagai puncak tertinggi dunia, kerana cara kiraan yang digunakan menyokong pengisytiharan itu.
Cara kiraan rasmi yang digunakan oleh ahli geologi dalam mengukur ketinggian puncak-puncak yang ada dibumi bergantung kepada kedudukan paras laut.
Oleh sebab itulah ketinggian Gunung Everest sendiri, sebagai contoh - diisytiharkan sebagai 8,848 meter 'dari paras laut.' Bagaimanapun ada satu gunung lain yang jauh lebih tinggi berbanding Everest tetapi jarang diperkatakan kerana situasinya yang nyata berbeza.
Sekiranya kita buang standard kiraan tersebut - gunung manakah yang tertinggi di dunia?
Mauna Kea merupakan gunung tertinggi sebenar
Sebuah gunung berapi tidak aktif dinamakan sebagai Mauna Kea yang terletak di Hawaii hanya mempunyai ketinggian 4,207 meter dari paras laut hanya tinggi sedikit sahaja berbanding Gunung Kinabalu di Sabah.
Disebabkan ketinggian itulah Mauna Kea diisytihar secara rasmi sebagai puncak tertinggi di Hawaii. Jika dibandingkan dengan puncak-puncak lain yang lebih gah, Mauna Kea hanya layak menduduki tangga ke 15 mengikut cara rasmi ukuran ketinggian gunung dibuat.
Bagaimanapun, di bawah paras laut Mauna Kea sebenarnya menyimpan ketinggian hampir 6 kilometer jaraknya menjadikan keseluruhan ketinggian Gunung Maunakea seperti nama asalnya adalah 10,210 meter atau 10.21 kilometer.
Mauna Kea yang diramalkan sudah berusia 1 juta tahun pembentukannya, sebenarnya mempunyai ketinggian 1.4 kilometer melebihi Everest.
Jika cara kiraan puncak tertinggi di dunia dilakukan tanpa mempedulikan paras laut, Mauna Kea adalah gunung tertinggi di dunia - cuma lebih separuh daripada ketinggiannya ditenggelami air.
Kedudukannya yang strategik betul-betul berhampiran garisan ekuator bumi menjadikan Mauna Kea sesuai untuk dijadikan pusat observasi angkasa - menempatkan 24 teleskop dari pelbagai negara dan agensi, yang digunakan untuk tujuan tersebut.
Everest layak dikatakan puncak yang mempunyai altitud paling tinggi di bumi tetapi Mauna Kea merupakan gunung tertinggi dunia dari segi saiznya - tetapi kedua-duanya bukan puncak paling jauh dari pusat bumi!
Chimborazo - puncak paling jauh dari pusat bumi
Anda pernah dengar tentang sebuah puncak bernama Chimborazo yang terletak di Ecuador? Keunikan puncak ini adalah disebabkan kedudukannya.
Walaupun Everest merupakan puncak dengan altitud tertinggi dan Mauna Kea merupakan gunung tertinggi dunia, Chimborazo merupakan puncak paling jauh dari kedudukan pusat bumi.
Bumi kita tidak bulat sebaliknya mempunyai bentuk bujur ibarat telur yang diterbalikkan.
Lokasi Chimborazo berhampiran garisan ekuator menyebabkan puncak tersebut terletak hampir dengan bahagian di mana bumi 'membujur,' melayakkan puncak tersebut menjadi puncak paling jauh jaraknya dari pusat bumi walaupun ketinggiannya 'hanya' 6,263 meter.
Everest walaupun mempunyai ketinggian lebih 8,848 meter terpaksa mengaku kalah sekali lagi dengan Chimborazo selepas ditewaskan dari segi ketinggian oleh Mauna Kea.
Yeay Mauna Kea dan Chimborazo! Boo Everest!
Rujukan
What is the highest point on Earth as measured from Earth's center?