Kita selalu mendengar tentang gunung-gunung tertinggi yang telah ditawan oleh pendaki, tetapi ada juga gunung-gunung tertinggi yang tidak pernah didaki.Gunung-gunung ini yang dikategorikan sebagai "Virgin Peak" adalah gunung yang boleh dikatakan antara yang tertinggi di dunia tetapi tidak pernah ditakluk oleh pendaki atas sebab-sebab politik atau mungkin juga faktor geografi yang membuatkan pendakian menjadi mustahil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 gunung tertinggi di dunia yang belum pernah didaki manusia sehingga ke puncaknya.

1. Gangkhar Puensum, Bhutan

iluminasi puncak dunia belum diterokai

Gunung tertinggi di negara Bhutan yang mempunyai ketinggian 7570m (Everest 8848m) mempunyai nama yang membawa maksud "Puncak Putih Semangat 3 Beradik." Belum pernah ada pendaki berjaya mendaki Kangkar Puensum walaupun ekspedisi pernah dijalankan pada 1985 hingga 1986.

Walaupun begitu, pada tahun 2003, kerajaan Bhutan melarang aktiviti mendaki di situ dan ini terus mengekalkan rekod Kangkar Puensum sebagai gunung yang belum ditakluk manusia.

2. Muchu Chhish, Pakistan

iluminasi puncak dunia belum diterokai2

Dikategorikan sebagai sangat-sangat susah untuk didaki, Muchu Chhish mempunyai ketinggian 7452m adalah gunung yang boleh didaki manusia. Namun sehingga kini, belum ada manusia yang mampu sampai dipuncaknya. Percubaan paling hampir dilakukan oleh seorang pendaki Inggeris bernama Pete Thompson namun beliau terpaksa berpatah balik pada ketinggian 6000m.

3. Kabru Massif Utara, Nepal

iluminasi puncak dunia belum diterokai3

Terletak di antara sempadan Nepal dan India, Banjaran Kabru mempunyai beberapa puncak tetapi ada satu puncak di bahagian utara yang tidak pernah ditawan setinggi 7394m yang terlalu suka didaki kerana mempunyai gerakan runtuhan salji yang kerap. Satu ekspedisi pada 2004 gagal diteruskan kerana berdepan risiko runtuhan salji.

4. Labuche Kang III, Tibet

iluminasi puncak dunia belum diterokai4

Kawasan banjaran di Tibet ini mempunyai beberapa puncak yang sudah pun berjaya didaki manusia kecuali Labuche Kang III setinggi 7250m. Walaupun begitu, Labuche Kang III bukanlah gunung tertinggi di banjaran tersebut, puncak tertinggi adalah Labuche Kang I yang pernah didaki pada tahun 1987 dan 2010. Cubaan pada tahun 2010 menyebabkan kematian pada pendaki bernama Joe Puryear yang menyertai ekspedisi.

5. Karjiang I, Tibet

iluminasi puncak dunia belum diterokai5

Mempunyai ketinggi 7221m, puncak tertinggi Karjiang I belum pernah berjaya didaki. Satu ekspedisi dari Belanda cuba memanjat Karjiang I pada tahun 2001 tetapi terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana kecerunan Karjiang I tidak membolehkan ekspedisi diteruskan.

Pada tahun 2010, Joe Puryear, individu yang sama disebutkan di atas sebenarnya cuba memanjat di banjaran Karjiang terlebih dahulu namun gagal mendapat permit. Dia kemudiannya memilih untuk memanjat di kawasan Labuche Kang yang menyebabkan kematian beliau.




Hakcipta iluminasi.com (2017)