Tasik yang dalam membuatkan manusia berimaginasi yang berkemungkinan terdapat harta tertimbus, ikan duyung malah raksaksa. Walaupun pada hari ini kita mempunyai alat berteknologi tinggi untuk mengkaji seperti sonar, kamera kawalan jauh dan kapal selam ini, namun misteri purba ini masih belum terjawab.

Kali ini iluminasi.com kongsikan antara 6 tasik air tawar yang paling luas dan dalam atas muka bumi ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Tasik Nyasa - 706 meter

tasik nyasa tasik paling besar dan dalam di dunia

Tasik Nyasa yang juga dikenali sebagai Tasik Malawi merupakan sebuah tasik yang panjang dan sempit di sepanjang sempadan di antara Mozambique, Tanzania dan Malawi dengan panjang 560 kilometer. Ia mempunyai biodiversiti yang sangat luar biasa disebabkan oleh kedalaman, panjang dan juga suhu lapisan batu yang mewujudkan beberapa persekitaran yang sangat berbeza.

Dilaporkan hampir 1,000 spesis ikan di dalam tasik ini yang merupakan 15% daripada jumlah spesis ikan air tawar di dunia. Sebahagian besar daripada spesis ini merupakan keluarga cichlid.

5. Tasik O’Higgins/San Martín - 836 meter

tasik o higgins san mart n lake tasik paling besar dan dalam di dunia

Tasik yang dikenali sebagai O'Higgins di Chile dan San Martin di Argentina terletak di kawasan yang mempunyai penduduk yang rendah di Patagonian Andes di benua Amerika Selatan. Ia merupakan tasik yang paling kurang dikenali dalam senarai ini. 

Ia mempunyai dua nama kerana berada di atas sempadan Chile dan Argentina dan airnya mengalir dari Glasier O'Higgins dari arah barat. Batu kapur yang terdapat dalam tasik ini memberikan warna biru laut.

4. Tasik Vostok - 900 meter

tasik vostok tasik paling besar dan dalam di dunia 2

Tasik Vostok yang terletak di Antartika ini adalah sangat unik di antara tasik-tasik lain dalam senarai ini kerana ia tertanam dibawah ais sedalam 4 kilometer. Ia juga merupakan tasik subglasial (tasik bawah glasier) paling besar di dunia. Air dikatakan mengambil masa beribu tahun untuk melepasi tasik ini.

Sejak tahun 1970, para saintis mengesyaki terdapat kehadiran jumlah air tawar yang sangat tinggi di bawah ais ini. Namun pada tahun 1996, saintis dari British dan Rusia berjaya menentukan jumlah sebenar air tawar tersebut menggunakan radar menembusi ais.

tasik vostok tasik paling besar dan dalam di dunia 3

tasik vostok tasik paling besar dan dalam di dunia

Aktiviti dan kehidupan dalam tasik ini menjadi misteri kerana tiada cara untuk mengumpulkan sampel dan tiada cara untuk memasukkan sensor ke dalam ais tersebut.

Namun, pada tahun 2012, sekumpulan saintis berjaya menggerudi sehingga ke dasar tasik ini dan kajian terhadap sampel yang diambil membutikan terdapat banyak kehidupan bakteria yang baru dalam tasik ini.

3. Laut Kaspia - 1,025 meter

laut kaspia tasik paling besar dan dalam di dunia

Terletak di antara Pergunungan Caucasus dan padang rumput Asia Tengah, Laut Kaspia adalah kawasan takungan air yang paling besar di duniaa dan juga tasik air masin terbesar di dunia. Ia luas terbentang dengan saiz 1,200 kilometer dari utara ke selatan dan mempunyai kelebaran 320 kilometer.

Tasik ini dikelilingi beberapa buah negara termasuklah Iran, Rusia, Turkmenistan, Azerbaijan dan Kazakhstan. Bahagian utara tasik ini adalah sangat cetek dengan purata kedalaman kira-kira 6 meter, namun bahagian paling selatan tasik ini berkedalaman kira-kira 300 meter. 

laut kaspia tasik paling besar dan dalam di dunia 3

Laut Kaspia memainkan peranan penting dalam menjadi sumber ekonomi bagi negara-negara ini melalui penangkapan ikan komersial dan pelancongan. Sumber minyak dan gas asli juga diesktrak dari laut ini melalui pelantar luar pesisir.

2. Lake Tanganyika - 1,436 meter

lake tanganyika tasik paling besar dan dalam di dunia

Tasik Tanganyika adalah yang kedua terdalam dan terbesar di dunia terletak. Ia terletak di Albertine Rift, cawangan barat Rift Afrika Timur, dan dikelilingi oleh lembah bergunung. Tasik ini berada di atas sempadan negara Zambia, Burundi, Tanzani dan Republik Congo.

Seperti Tasik Nyasa, tasik ini agak panjang dan sempit dengan kepelbagaian hidupan yang luar biasa. Sejak Zaman Batu lagi, komuniti manusia yang tinggal di tepi tasik ini meneruskan kelangsungan hidup dengan memancing di sini. lake tanganyika tasik paling besar dan dalam di dunia 2

Namun disebabkan aktiviti penangkapan ikan komersial yang diperkenalkan pada tahun 1950an di tasik ini menyumbang kepada masalah penangkapan ikan yang berlebihan sejak beberapa dekad ini.

1. Lake Baikal - 1,620 meter

tasik baikal tasik paling besar dan dalam di dunia 2

Dengan jumlah 20% daripada air bersih tidak tercemar di atas muka bumi, Tasik Baikal di Siberia ditabalkan sebagai tasik air tawar paling dalam dan terbesar di dunia. Juga, tasik ini diiktiraf sebagai tasik air tawar tertua di dunia dengan usia di antara 20 hingga 25 juta tahun.

Seperti tasik-tasik lain dalam senarai ini, Baikal merupakan habitat bagi sejumlah besar haiwan dan tumbuhan yang tak dapat ditemui di tempat lain. Antara yang paling paling luar biasa adalah anjing laut Baikal yang juga dikenali sebagai nerpa.

tasik baikal tasik paling besar dan dalam di dunia

Haiwan ini merupakan satu-satunya spesis anjing laut yang tinggal di habitat air tawar. Masih menjadi misteri bagaimana nenek moyang anjing laut ini sampai ke Tasik Baikal.




Hakcipta iluminasi.com (2017)