Ular merupakan antara binatang paling ditakuti dan sangat dibenci oleh kebanyakan manusia. Sebut sahaja perkataan ular pasti meremang bulu roma rasa geli dan terbayangkan patukan bisa ular yang boleh membawa maut.

Namun begitu, ada juga manusia yang meminati haiwan ini. Malah ada yang menjadikan haiwan ini sebagai binatang peliharaan.

Sebagai manusia, mari ketahui sedikit fakta menarik mengenai makhluk unik ciptaan Tuhan ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ular daun

1. Terdapat kira-kira 750 spesis ular yang beracun. Daripada jumlah itu, hanya 250 daripadanya yang mampu membunuh manusia dengan sekali patukan.

2. Ianya mengambil masa sehingga 5 hari oleh ular untuk menghadam makanan yang dimakan. Bagi ular yang lebih besar seperti anaconda, ianya mengambil masa yang lebih lama dan mampu mencapai berminggu-minggu lamanya,

3. Rekod ular terbesar dipegang oleh anaconda. Ianya mampu membesar seberat 270kg,

4. Ular tidak mempunyai telinga. Walaubagaimanapun, ia dapat mengesan gelombang bunyi melalui kulit, otot dan tulang.

5. Ular menggunakan lidahnya yang bercabang sebagai deria bau. Selain itu, lidah ular juga digunakan untuk menentukan arah pergerakan.

ular oren

6. Secara statistiknya, ular membunuh kira-kira 40,000 orang manusia setiap tahun. 

7. Ular dianggap sebagai makanan eksotik di sesetengah tempat di dunia. Orang kantonis telah membuat sup ular sejak 2000 tahun dahulu. Bagi orang Islam, memakan ular adalah haram kerana ianya bertaring.

8. Hanya 70% ular yang bertelur. Selebihnya terutamanya yang hidup di kawasan beriklim sejuk melahirkan anak.

9. Ular tidak berhenti membesar seperti manusia apabila meningkat usia. Walaubagaimanapun, kadar pembesaran ular berkurang apabila mereka semakin meningkat usia.

10. Dalam sesetengah kes, ular boleh membunuh diri sendiri secara tidak sengaja dengan mematuk dirinya sendiri apabila menyangka tubuh badannya itu adalah haiwan pemangsa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)