Oleh pada 20 Jul 2018 kategori

Ular adalah haiwan yang paling digeruni kebanyakan manusia, bukan sahaja kerana ianya berbisa, namun kerana fizikalnya yang menakutkan, seolah-olah ingin menerkam kita. Bisa ular pula sebenarnya sangat bahaya, kerana boleh membawa maut. Sedangkan gajah pun tumbang, inikan pula manusia.

Mitos dan Fakta Tentang Ular Berbisa

mitos tentang ular

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adalah mustahil untuk mengetahui sama ada seseekor ular itu berbisa atau tidak. Sesetengah orang berpendapat bahawa ular berbisa mempunyai 3 ciri-ciri fizikal utama, namun ianya sebenarnya adalah mitos semata-mata, yang ramai mempercayainya. Antara mitos tentang ular berbisa adalah:

1. Mitos: Mempunyai kepala berbentuk segi tiga

Fakta: Hampir kesemua ular, 99 peratus mempunyai kepala seakan-akan segi tiga. Adalah benar bahawa ular berbisa mempunyai kepala yang lebar, namun terdapat juga ular tidak berbisa berfizikal sedemikian, yang secara umumnya ular yang gemuk.

2. Mitos: Mempunyai badan bercorak

Fakta: Kebanyakan ular mempunyai badan bercorak, sama ada berbisa atau tidak. Terdapat juga ular berbisa yang tidak mempunyai corak pada badannya, dan sebaliknya. Jangan terpedaya dengan mitos ini.

3. Mitos: Menggerakkan atau menggetarkan ekornya dengan bunyi 'siiiiii'

Fakta: Ini sebenarnya sifat semula jadi kebanyakan ular, berbisa atau tidak. Rattlesnakes adalah antara ular berbisa yang mempunyai ciri-ciri ini. Namun, terdapat juga ular biasa yang bersifat sedemikian.

Ciri-Ciri Fizikal Ular Berbisa

ular tedung selar bahaya

Terdapat banyak ciri-ciri fizikal yang membezakan antara ular berbisa dan ular biasa. Selalunya 'pemain' ular di pasar malam atau pasar pagi contohnya, mereka kenal dengan jenis-jenis ular, malah mereka mampu mencium ular berbisa tanpa sebarang kecederaan. Namun, kita orang biasa, jangan sesekali mencium ular yang ditemui, di mana-mana pun walaupun ular tersebut tidak ciri-ciri ular berbisa seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Selalunya bersaiz besar berbanding ular biasa.
  • Selalunya mempunyai 'rattle', suatu bahagian pada hujung ekor ular.
  • Selalunya mempunyai anak mata berbentuk lonjong.

Sesetengah hidupan secara semula jadinya dicipta dengan keunikkannya yang tersendiri, contohnya burung. Untuk mengetahui jantina burung adalah agak susah, dan memerlukan ujian genetik untuk kepastian. Sesetengah reptilia pula mempunyai kebolehan menyamar dengan persekitaran, mengelirukan pemangsa sebagai langkah perlindungan diri.

Ciri-Ciri Lain Ular Berbisa

ular berbisa warna warni

Antara ciri-ciri fizikal lain untuk membezakan ular berbisa dengan ular tidak berbisa adalah melalui warna ular itu sendiri. Kebanyakan ular berwarna pejal (solid color) adalah tidak berbisa. Ular yang berwarna-warni, anda perlu berhati-hati dengannya.

Ular berbisa ada yang berkepala segi tiga, dan ular biasa pula dengan rahang yang lebih kebulatan. Bentuk kepala sebenarnya ada hubung kait dengan karung bisa. Bagi ular yang kepala berbentuk seakan segi tiga dan mempunyai rattle, ular tersebut sudah tentu berbisa.

Sesentengah ular berbisa mempunyai lubang kecil yang terletak antara mata dan lubang hidung, yang berfungsi sebagai pengesan haba. Ciri fizikal ini selalunya terdapat pada ular kapak, dan petunjuk kebisaan ular.

Ular Berbisa dan Bentuk Anak Matanya

ciri ciri fizikal ular berbisa

Namun, apabila berbicara tentang ular, secara fizikalnya, berbisa atau tidak, ianya tetap mempunyai badan yang panjang dan rupa yang membuatkan manusia berasa ngeri dan berjaga-jaga. Untuk menentukan sama ada seseekor ular itu berbisa atau tidak selalunya boleh membawa risiko kepada diri kita sendiri.

Contohnya, ular berbisa mempunyai anak mata yang lonjong. Namun, untuk menentukan sama ular berbisa atau tidak, seseorang itu perlu mendekati ular berkenaan untuk melihat matanya. Adalah sangat bahaya sekiranya anda mendekati ular. Anak mata ular berbisa yang lonjong kelihatan seolah-olah mata kucing, dengan belahan atau garisan kecil di tengah-tengahnya.

Ular tidak berbisa selalunya mempunyai anak mata berbentuk bulat, namun bukan semua. Ular Coral contohnya, ular yang sangat berbisa di Amerika Syarikat, mempunyai anak mata berbentuk bulat, bukan lonjong.

Sifat Ular Juga Menjadi Petunjuk Sama Ada Bisa atau Tidak

sifat ular petunjuk berbisa

Sifat atau kelakuan boleh menjadi petunjuk sama seseekor ular itu berbisa atau tidak. Terdapat pelbagai jenis ular air contohnya, namun hanya ular berbisa sahaja yang akan berenang dengan keseluruhan badan kelihatan di atas permukaan air.

Hal ini adalah kerana ular berbisa berenang dengan paru-parunya mengembang. Ular biasa pula akan berenang sama ada dengan kepala di atas air, atau keseluruhan badan dan kepala di bawah air.

Kesimpulan

ular makan diri

Terdapat pengecualian untuk kebanyakan ciri-ciri yang disebut di atas. Ular coral contohnya, adalah ular yang sangat berbisa namun tidak mempunyai lubang pengesan haba, kepala berbentuk segi tiga mahupun belahan kecil pada anak mata. Hanya warnanya sahaja yang menjadi petunjuk bahawa ianya berbisa.

Nasihat kepada semua jika tiada ilmu yang cukup di dada, jumpa ular, jangan terlalu berani untuk bezakan ular kerana hanya membaca artikel ini. Panggil abang-abang bomba untuk tangkap ular.

Sumber:

Ular-ular yang berbisa dunia

How u can tell if snake is poisonous

Differentiate Between Venomous and Nonā€Venomous Snakes




Hakcipta iluminasi.com (2017)