Kredit foto: The Malay Mail Online
Terdahulu kita dikejutkan dengan berita penceraian Adi Putra dengan kedua-dua isterinya, Aida dan Shahida.
Bagi yang mengikuti perkembangan Adi melalui laman Instagramnya, anda pasti sedar Adi ada memuatnaik foto perbualan whatsapp bersama seorang wartawan hiburan sebelum berita penceraian tersebut diumumkan.
Melalui pos tersebut, Adi mendedahkan perbualannya bersama wartawan Nurul Fadila yang dilihat cuba menemubual beliau berkaitan isu penceraian tersebut. Namun Adi secara sinis menolak tawaran Fadila. Malah melalui caption posnya, Adi meluahkan rasa kurang selesa kerana baginya, wartawan tersebut cuba menemubualnya pada waktu yang tidak sesuai.
Bagaimanapun, apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati Fadila adalah apabila Adi turut mendedahkan nombor telefon bimbitnya dalam screenshot tersebut. Tindakan itu dilihat seakan membulinya kerana dia menerima kunjungan ratusan mesej dan panggilan berbaur kecaman daripada individu yang tidak berpuas hati.
Susulan kejadian itu Fadila telah membuat laporan polis di Balai Polis Serdang atas tujuan untuk melindungi keselamatan diri.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan kami ke laman IG Adi Putra hari ini mendapati Adi telahpun memadam nombor telefon Fadila.
Semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.
Sumber berita: beritamemey