Oleh pada 13 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

Sebelum ini industri hiburan digemparkan dengan berita penceraian pelakon Adi Putra dan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida. 

Namun sehingga kini Adi enggan membuat sebarang kenyataan akan punca penceraian tersebut. 

adi putra dedah mesej panas isteri kedua 2

Kredit foto: Astro Gempak

Dalam percubaan banyak pihak untuk mencungkil kisah di sebalik penceraian beliau, hari ini pelakon tersebut tampil bermurah hati untuk berkongsi sesuatu menerusi sebuah foto yang dimuatnaik di laman Instagramnya.

Foto tersebut memaparkan perbualan mesej Norshahida terhadap Adi. Shahida dalam kata-katanya melahirkan kekecewaan terhadap Adi, dan mengucapkan terima kasih dalam nada sinis kerana bekas suaminya itu akhirnya menunjukkan sifatnya yang sebenar.

Juga Shahida ada mengungkit tentang hutang Adi terhadapnya, bagaimanapun tidak dijelaskan sehingga menimbulkan tanda tanya Adi seperti yang dinyatakan dalam kapsyen.

adi putra dedah mesej panas isteri kedua 3

Kredit foto: Instagram Adi Putra

Apabila menyedari kiriman foto tersebut mencuri perhatian ramai, malah mula menimbulkan beberapa spekulasi liar, Adi akhirnya mengambil tindakan memadam foto tersebut.

Pada pendangan kami, apa sahaja masalah di antara kedua-dua pihak ini boleh diselesaikan jika masing-masing menjadi lebih bertimbang rasa. Ketika isu ini sedang panas, janganlah menambahkan lagi kehangatannya dengan berkongsi sesuatu di laman sosial yang boleh mencetuskan kontroversi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)