Aktor Datuk Adi Putra mengahwini semula bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, semalam.
Berita itu diwar-warkan oleh rakan baik mereka, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi laman Instagram, Nurul berkongsi foto Adi menyarung cincin ke jari Aida berserta kapsyen ucapan.
“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15... Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”... eh... lama... Baharu... Ehh,” tulis Nurul Zahid yang kini sedang menjalani ibadah umrah di Madinah.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen akui terkejut sambil tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Adi dan Aida serta mendoakan perkahwinan mereka akan berkekalan.
Terdahulu, pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006. Mereka tidak dikurniakan zuriat selepas hampir sedekad berkahwin, namun membela seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini sudahpun menginjak usia enam tahun.
Kemudian, pada 20 Jun tahun lalu, Adi berkahwin pula dengan Norshahida Dzolkifly, 34.
Bagaimanapun pada 23 Mac tahun lalu, Adi menerusi laman Instagram mengesahkan beliau sudah berpisah dengan kedua-dua isterinya.
Kredit foto: Instagram @nurulzahid
Sumber berita: Mstar