Kredit foto: friscomedia.blogspot.com
Pelakon Adi Putra telah membuat satu pengumuman mengejutkan menerusi akaun Instagram miliknya bahawa dia telah berpisah dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.
Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida). Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberiā
Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih.
Sumber: Instagram @adpadiputra
Untuk makluman, Adi dan Aida telah berkahwin pada 14 April 2006 dan dikurniakan cahaya mata kira-kira sedekad selepas itu. Pada Jun tahun lepas, Adi telah berkahwin sekali lagi dengan Shahida didakwa tanpa pengetahuan Aida.
Sumber berita: Rotikaya