Kredit foto: Astrogempak
Desas desus keretakan rumahtangga pelakon Adi Putra (36 tahun) dengan isteri pertamanya, Aida Yusof akhirnya terjawab setelah beliau mendaftarkan pemohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 3 Mac yang lalu.
Sehingga kini, Adi Putra masih gagal dihubungi untuk memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana dikhabarkan sedang berada di Mekah bagi menguruskan jemaah mengerjakan umrah.
Untuk rekod, Adi berkahwin dengan Aida Yusof (42 tahun) pada 14 April 2006. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata tetapi mempunyai seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berumur 5 tahun.
Adi terdahulu pernah memfailkan perceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun ianya ditarik balik tidak lama kemudian selepas mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara baik.
Pada 20 Jun 2016 yang lalu, beberapa foto didakwa perkahwinan rahsia Adi dengan seorang wanita, Norshahida Dzolkifly tersebar di internet.
Diharap semua dapat bersabar untuk menunggu penjelasan Adi berkenaan perkara ini.
Sumber berita: mStar Online & Myartis