Kredit foto: Instagram Rosnah Mat Aris

   

Setiap manusia diciptakan berpasangan dan siapalah kita untuk menidakkan jodoh yang sudah ditetapkan.

Jika ditakdirkan jodoh kita daripada kalangan yang jauh jarak usianya, akurlah menerima seadanya apa yang sudah tertulis.

Umpama 6 selebriti wanita ini yang memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang jauh lebih muda dan jarak usia mereka lebih daripada 10 tahun!

   

rozita che wan 378

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

    

Rozita Che Wan & Zain Saidin (jurang usia 11 tahun)

Dunia hiburan pernah gamat ketika Che Ta mengumumkan bakal berkongsi hidup dengan Zain.

Namun sehingga hari ini nampaknya hubungan mereka masih bertahan sekaligus membuktikan faktor usia bukanlah penghalang dalam mengecapi kebahagiaan.

Mereka yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 kini dilengkapi dengan kelahiran cahaya mata perempuan yang comel bernama Aaisyah Dhia Rana.

   

Baca: Biodata Pelakon Rozita Che Wan (Che Ta)

   

ella

Kredit foto: Instagram Ella Aminuddin

    

Ella Aminuddin & Azhar Ghazali (jurang usia 16 tahun)

Mengakhiri zaman bujang pada 2012, Ella memilih Azhar, seorang juruterbang yang juga merupakan salah seorang peminatnya.

Ratu Rock Malaysia ini turut melayari bahagia bersama anak angkat perempuannya, Shanome Az Zahra.

    

Baca: Biodata Penyanyi Ella

    

priyanka chopra

Kredit foto: Instagram Nick Jonas

    

Priyanka Chopra & Nick Jonas (jurang usia 10 tahun)

Priyanka dikatakan enggan ambil endah dengan cakap-cakap yang mengatakan dirinya seperti kakak kepada Nick.

Hubungan cinta itu berakhir dengan perkahwinan gilang gemilang dua tahun lalu, sekaligus menyatukan industri Hollywood dan Bollywood.

   

a aida 906

Kredit foto: Instagram Dato A.Aida

   

A. Aida & Ariff Aziz (jurang usia 19 tahun)

Bak kata Datuk A. Aida - "Jodoh dan ajal itu rahsia Allah."

Perkahwinan dengan Ariff Aziz merupakan antara fokus utama media sepanjang tahun lalu meskipun penyatuan hidup itu hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

    

Baca: Biodata Penerbit Dato A Aida

   

ham so won

    

Ham So Won & Jin Hua (jurang usia 18 tahun)

Juga antara yang menjadi bahan bualan dan sensasi media, kini pasangan yang jatuh hati pandang pertama ini sudahpun menerima kehadiran cahaya mata berjantina perempuan.

   

tajul effendie isa

Kredit foto: Instagram Rosnah Mat Aris

  

Rosnah Mat Aris & Tajul Effendie Isa (jurang usia 26 tahun)

Rosnah Mat Aris bersama pilihan hatinya, Tajul Effendie Isa kini sudah memasuki tahun ke-12 perkahwinan meskipun Rosnah tidak pernah mendedahkan identiti suaminya itu kepada umum.

   

Sumber berita: 6 Artis Wanita Yang Berkahwin Dengan Jejaka Muda

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)