Oleh pada 16 Jan 2022 kategori

Kredit: Instagram @daddycapofficial

 

Mengulas lanjut tindakan segelintir pihak memetik isu jihadnya baru-baru ini, penyanyi rap, Caprice atau kini dikenali sebagai DaddyCap berasa hairan memandangkan usahanya itu sudah begitu sinonim dengannya sejak sekian lama.

 

"Untuk lagu Chikaro, Xde Hal Bro dan Bal, okey sahaja saya berkarya dan pada masa sama melakukan jihad dalam pendidikan. Takkan mahu tunggu jadi sempurna baru cuba buat perkara baik?.

 

"Saya memang suka berkarya dalam dalam arena muzik hip hop. Tetapi, selama 5 tahun ini juga, Alhamdulillah saya dapat membina aplikasi-aplikasi seperti mengaji.com, Umrahloka dan IslamPro untuk masyarakat.

 

"Ia hanyalah suatu sumbangan kecil untuk membantu lebih ramai manusia yang tidak sempurna seperti saya," pertahannya.

  

 

Tambahnya, segala cemuhan itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk berjihad dan aktif dalam bidang seni.

 

"Buat mereka yang tidak habis-habis memerli jihad saya, saya tidak akan berhenti melakukan jihad dalam pendidikan kerana ia bukan demi manusia.

 

"Tetapi, saya akan terus berkarya dalam industri muzik dan perfileman selagi mana saya seronok melakukannya," tegasnya.

  

 

Rabu lalu, DaddyCap telah melancarkan video muzik 'single' terbarunya berjudul Ayah yang menggandingkan beliau dengan tiga penyanyi lain iaitu SonaOne, Zynakal dan TujuLoca.

 

Komen Pilihan

jihad daddycap diperli

 

"Tidak boleh ikut kepala sendiri. Mahu buat perkara baik sekalipun, tidak perlu beri dosa percuma pada mereka yang tonton video muzik itu.

 

"Berjoget dan aurat tidak ditutup. Niat tidak menghalalkan cara," nasihat seorang netizen.

 

Sumber: Instagram DaddyCap 




Hakcipta iluminasi.com (2017)