Oleh pada 24 Mar 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Ezza Yusof & Instagram Remy Ishak

Sudah lima hari sejak aktor Remy Ishak mendedahkan pertunangannya dengan ahli perniagaan, Ezza Yusof putus sejak sebulan lalu. 

Pengumuman itu mendapat respon pelbagai daripada netizen di media sosial, ada yang mendoakan kesejahteraan mereka, tak kurang yang lahir dengan pelbagai spekulasi.

Namun Ezza akhirnya dipercayai memberi reaksi balas dalam kiriman ucapan yang dimuat naik di laman Instagram bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke-36, hari ini.

Menerusi entri itu, Ezza berkata, dia mahu melupakan episod silam selain melakar memori kehidupan baharu di masa hadapan.

"Alhamdulillah, selamat ulang tahun kepada saya! Mari kita mulakan hari istimewa ini dengan tenaga baru.

"InsyaAllah mulai hari ini saya akan berhenti menceritakan kisah lama dan memulakan kisah baru untuk diri saya.

"Rahsia untuk berubah ialah dengan memberi fokus kepada tenaga anda bukannya melawan kehidupan lama tapi untuk membina sesuatu yang baru," tulisnya di laman Instagram sebagaimana dilaporkan portal Mstar Online.

Rabu lalu menyaksikan Remy mengesahkan ikatan pertunangan mereka terlerai sejak sebulan lalu.

Pelakon filem Langsuir itu menegaskan ia tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan isu kehadiran orang ketiga sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

Begitupun, akuinya, hubungan berusia dua tahun itu telah melalui beberapa krisis sebelum ini.

Sementara itu, Ezza berkata, dia yakin mampu menempuhi waktu-waktu sukar ini dengan baik kerana percaya ada hikmah yang menanti.

bekas tunang akhirnya buka mulut isu putus tunang dengan remy ishak 2

Kredit foto: Instagram Ezza Yusof 

"Saya akan menjadi lebih baik, tiada siapa dapat menghalang atau melambatkan usaha saya. Saya sentiasa ingat semuanya yang berlaku atas sebab tertentu.

"Apa yang berlaku memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk mengeluarkan koleksi baru, berani dan segar," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)