Kredit foto: Instagram Aliff Syukri & roketkini.com
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menghargai kritikan yang dilontarkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah berikutan video tarian '#bobodimanadancechallenge' yang dimuatnaiknya sebelum ini.
Aliff, 30, mendakwa video tarian yang dirakamkannya itu berikutan telah terikat dengan kontrak yang terlebih awal dipersetujui.
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
"Terima kasih Kak Dina (Wardina). Terima kasih atas teguran dan kasih sayang Kak Dina kepada saya dan isteri.
"Ya saya akui kesilapan saya dan apa yang Kak Dina cakap itu saya terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yang telah termaktub dalam kontrak," katanya.
Aliff menulis kenyataan itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.
Bagaimanapun, dia akhirnya memadam video tersebut selepas turut dikritik hebat para pengikut di media sosial kerana tariannya yang disifatkan keterlaluan dan menjijikkan.
Terdahulu, melalui Instagram milik pengasas D'Herbs itu, rakaman yang dikongsi bersama 2.8 juta pengikut menayangkan Aliff, Sajat dan Lucinta Luna menggayakan aksi tarian dinamakan #bobodimanadancechallenge bersempena dengan penerbitan single terkini mereka.