Oleh pada 18 Jul 2017 kategori

Kredit foto: The Star

Anak kepada penyanyi Saleem Iklim iaitu Syafiq Farhain mengakui hubungan dengan ayahnya berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang digambarkan dalam sebuah video temubual media baru-baru ini.

Menurut Syafiq, dia berharap pihak tertentu berhenti daripada memburukkan lagi keadaan.

Saya dengan ayah saya baik-baik sahaja. Orang luar nak cakap apa pun tentang hubungan kami cakaplah, saya tidak kisah. Saya maafkan orang yang buat fitnah dan komen-komen negatif tentang saya dan keluarga kerana mereka tidak kenal kami. Tapi kalau nak kutuk atau hina biarlah saya sahaja, janganlah hina bapa saya. Saya ada jumpa ayah di hospital baru-baru ini dan dia beri nasihat agar fokus jika benar-benar ingin jadi penyanyi.

Sumber: Mstar

Mengulas isu namanya yang dikatakan menumpang populariti Saleem, Syafiq nekad untuk tidak lagi menggunakan nama ayahnya. Dia kini mahu dikenali sebagai Syafiq Farhain dan bukanlah Syafiq Saleem.

Saya guna nama sendiri tapi saya tidak boleh nafikan jika ada yang masih kaitkan saya dengan ayah. Saya akui pada awal dulu memang ramai kenali saya sebab anak Saleem tapi saya juga ada usaha untuk berdiri sendiri.

Sumber: Mstar

Single sulung Syafiq berjudul Sayang Maafkan Aku telahpun dilancarkan dan sehingga kini video muziknya menerima lebih satu juta tontonan di laman Youtube hanya dalam tempoh 2 minggu selepas dimuat naik.

Syafiq merupakan anak daripada perkahwinan pertama Saleem bersama Juwita. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)