Oleh pada 24 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @zizanrazak869 & Instagram @bellaastillah

     

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan hubungan cinta yang kononnya terjalin antaranya dengan pelakon Bella Astillah seperti didakwa sesetengah pihak di media sosial.

Zizan, 35, menegaskan, ketika hari lahir ibunya yang berlangsung baru-baru ini, kehadiran Bella disebabkan aktres itu kebetulan sedang berada di lokasi berdekatan.

Zizan berkata, dirinya tidak akan sekali-kali menayangkan gerangan kekasih seandainya benar sedang menjalinkan hubungan.

"Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem yang bakal kami bekerjasama.

"Masa dia hubungi itu, saya ada tanya dia ada di mana dan dia kata ada dekat Kuala Lumpur, berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu.

"Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu, saya ajak dan dia pun datang la tapi selepas itu habis macam tu saja, tak ada apa.

"Saya ini jenis kalau bercinta sudah tentu tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial," katanya kepada portal Mstar.

Beliau membuat kenyataan sewaktu menghadiri sidang media telefilem Kerusi Kecil dan majlis doa selamat produksi Adtisha Productions Sdn Bhd yang diadakan di SkyArena, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, Zizan berkongsi momen kejutan hari lahir ibunya menerusi laman Instagram, sekaligus mengundang tanda tanya ramai yang melihat kelibat Bella di acara terbabit.

Sementara itu, pelakon Bikers Kental 2 itu berkata, dia turut mengenali ibu dan adik Bella iaitu penyanyi Didi Astillah ketika sedang makan di sebuah gerai sebelum ini.

Kesempatan itu digunakan untuk mendapatkan nombor telefon bekas isteri Aliff Aziz itu kerana ingin bekerjasama dalam sebuah telefilem arahan Ghaz Abu Bakar berjudul Kerusi Kecil.

      

zizan razak mira filzah

Kredit foto: Instagram @zizanrazak869

    

"Ada satu hari itu saya makan di sebuah gerai dan rupa-rupanya ibu dan adik Bella, Didi duduk di belakang meja saya. Ibu dia tegur saya dan memberitahu dia adalah ibu Bella.

"Kebetulan pula, sebelum ini Ghaz ada bertanya siapa heroin yang saya nak berlakon sama untuk telefilem dan dia ada beri beberapa nama tapi saya kata tak kisah sesiapa pun.

"Sampailah terjumpa ibu Bella tu, saya terus minta nombor Bella sebab dapat idea untuk ajak dia berlakon jadi heroin dalam telefilem tersebut," katanya.

     

Sumber berita: Mstar

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)