Kredit foto: Instagram Fathia Latiff & Instagram Syafiq Kyle
Aktres Fathia Latiff yang terkenal dengan kelantangannya bersuara, tampil menggesa pihak atasan untuk membanteras penularan video lucah di laman sosial.
Fathia, 31, berkata, ia demi mengelakkan keruntuhan akhlak remaja bawah umur yang mudah terpengaruh dengan bahan-bahan seperti itu.
"Saya mengharapkan pihak atasan boleh sekat video-video lucah yang disebarkan secara meluas sekarang ini.
"Takut rosakkan akhlak remaja bawah umur yang menggunakan media sosial tanpa bimbingan daripada penjaga iaitu ibu bapa," tulisnya di laman Twitter dengan turut menyertakan nama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kenyataan pelakon drama rantaian Ariana Rose itu dipercayai berkaitan isu video tidak senonoh didakwa milik pelakon Syafiq Kyle baru-baru ini.
Selain itu, aktor Zul Ariffin juga terpalit dengan kontroversi hampir serupa apabila foto alat sulit seorang lelaki yang dikatakan milik aktor sasa itu, tular di media sosial.
Netizen tidak berdiam diri, sebaliknya menyambut baik usaha murni Fathia yang memandang serius untuk membasmi aktiviti tidak bermoral itu.
Kredit foto: Twitter
Begitupun, ramai pihak berpendapat ia harus ditangani daripada akar umbi masalah terbabit yakni individu yang terlibat dalam video lucah berkenaan termasuk yang merakam dan menyebarkannya.