Oleh pada 24 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fakhrul UNIC

Kumpulan nasyid, UNIC, akui isu konflik antara mereka dan penyanyi Caprice telahpun menemui titik penghujung.

Mewakili kumpulan itu, Fakhrul berkata, mereka akan tetap meneruskan aktiviti promosi single duet ciptaan Ayden Ali, Ikhwan Fatanna, Caprice dan Aman Ra itu walaupun tanpa kehadiran Caprice di sisi.

Hubungan mereka dengan bintang hip hop itu tidak pernah terganggu sewaktu proses rakaman, cuma isu mula timbul ketika rangka promosi apabila kumpulan ini gagal mendapatkan kerjasama sepenuhnya daripada beliau.

UNIC yang turut dianggotai Najdi dan Bazli akur dengan kesibukan, komitmen serta apa juga yang menghalang penyanyi rap itu untuk tidak turut serta sesi 'turun padang' bertemu peminat.

isu dengan caprice sekali lagi unic tampil buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Caprice

"Kami memang tidak berdepan apa-apa masalah sejak awal proses rakaman hendak dilakukan. Cuma, bagi aktiviti promosi lagu ini, dia tidak dapat turut serta.

"Begitupun, UNIC tetap menghormati apa juga alasannya apabila dia tidak dapat bersama-sama menjayakan aktiviti promosi. Kami juga anggap isu ini sudah selesai.

"Pastinya Caprice ada alasan tersendiri dan kami pula menganggap kesibukan mungkin menghalang dirinya daripada berbuat demikian," kata Fakhrul kepada portal BH Online.

Beliau yang memegang peranan sebagai hos baru Gema Gegar Vaganza musim kedua bersama Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim, ditemui pada sidang media program berkenaan yang berlangsung di ibu negara.

isu dengan caprice sekali lagi unic tampil buka mulut 3

Kredit foto: Instagram Fakhrul UNIC

Dalam pada itu, Fakhrul memaklumkan, belum ada pertemuan empat mata dengan penyanyi rap itu selepas mereka hadir di konti sebuah sresen radio baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, UNIC dan Caprice bakal berkongsi pentas dalam sebuah acara anugerah.

Namun belum ada kata putus dibuat untuk mereka tampil bersama. Buat masa ini, UNIC meminta penganjur majlis berkenaan untuk bertanyakan sendiri kepada Caprice sekiranya beliau mempunyai kesempatan untuk hadir menjayakannya.

"Selepas menjayakan promosi di sebuah stesen radio, baru-baru ini, kami belum lagi bertemu dengannya. Pada masa sama, penganjur sebuah acara anugerah ada menawarkan kami peluang beraksi bersama-sama.

"Di pihak kami, memang tiada sebarang masalah untuk menjayakan acara berkenaan. Namun saya katakan pada pihak produksi terbabit, ia perlu juga ditanya kepada Caprice kerana kami memang menghormati kesibukan dirinya," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)