Oleh pada 25 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @aishahazman8 & Instagram @syafienaswip

    

"Buat masa ini saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan itu."

Demikian ulasan aktres, Aishah Azman, 23, ketika menjawab isu putus tunangnya dengan aktor Syafie Naswip, 27, yang hangat dibualkan warganet ketika ini.

"Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja," katanya.

     

syukur allah beri petunjuk aishah azman ulas isu putus tunang 2

Kredit foto: Instagram @aishahazman8

     

Terdahulu, teka-teki status hubungan pasangan selebriti itu terjawab apabila Syafie mengesahkan ikatan pertunangan mereka sudah terlerai.

Menurut aktor terbabit, keputusan dibuat atas persetujuan bersama dan berpunca daripada dugaan berat ditanggung sepanjang fasa bertunang.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak membabitkan orang ketiga mahupun masalah keluarga.

Syafie yang nekad mengunci rapat mulut daripada memberi pendedahan lanjut turut memberi bayangan ia berpunca daripada faktor kematangan dirinya.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 7 April 2019, dan sepatutnya berkahwin pada hujung tahun ini.

Kemelut perhubungan itu mula dihidu umum setelah mendapati kedua-duanya tidak saling mengikuti di Instagram.

Malah, gambar-gambar bersama dihapuskan di akaun laman sosial masing-masing.

Dalam pada itu, Aishah yang juga adik kepada pelakon Afiq Muiz itu berkata, dia mengharapkan agar netizen dapat mendoakan kehidupannya berkembang dengan baik.

"Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya," katanya.

    

Sumber berita: Mstar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)