Oleh pada 23 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @syafienaswip

     

Sesuatu yang berlaku terhadap pertunangan Syafie Naswip dan Aishah Azman dihidu, apabila foto-foto mereka bergambar bersama, dihapuskan di laman Instagram masing-masing.

Lebih menimbulkan persoalan apabila pasangan ini tidak lagi mengikuti satu sama lain.

Bersama nada suara yang sedih menyambut pertanyaan portal Astro Gempak, Aishah yang enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu, berkata:

"Buat masa sekarang, saya tidak mahu keluarkan apa-apa statement. Kalau pihak Ayie (Syafie Naswip) mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh menghalang.

"Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat".

Difahamkan, ketika ini pelakon Bukan Cinta Aku itu sedang sibuk di lokasi sebuah penggambaran.

Begitupun, segala teka-teki akhirnya terjawab apabila Syafie mengesahkan ikatan pertunangan mereka terlerai pada satu tarikh yang tidak dinyatakan.

     

punca syafie naswip dan aishah azman putus tunang terjawab 2

Kredit foto: Instagram @syafienaswip

     

"Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini," katanya.

Syafie berkata, keputusan dibuat atas persetujuan bersama dan berpunca daripada dugaan berat yang ditanggung sepanjang fasa bertunang.

"Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan.

"Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

"Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya," katanya.

Tambah Syafie, dia nekad mengunci rapat mulut daripada berkongsi dengan lebih lanjut membabitkan isu itu.

"Ini kali pertama dan terakhir saya akan membuat kenyataan. Saya memohon maaf jika ada yang bertanya selepas ini, saya tidak akan menjawab apa-apa.

"Mereka boleh rujuk sahaja apa yang saya katakan ini daripada pihak Gempak," katanya yang juga enggan mengulas sama ada mereka masih menyimpan rasa sayang sesama sendiri.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 7 April 2019, dan sepatutnya berkahwin pada hujung tahun ini.

     

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)