Oleh pada 09 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @syafienaswip

    

Bintang utama telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi menggesa agar netizen mengambil masa untuk menonton terlebih dahulu karya berkenaan sebelum membuat sebarang penilaian.

Syafie menerusi kemaskini terbaharu laman Instagramnya berkata, kewibawaannya sebagai pelakon teruji ketika menjayakan watak Hamid.

“Sebenarnya watak ini sangat mencabar kewibawaan saya sebagai seorang pelakon, tetapi saya gembira dengan sokongan daripada semua aktor/tenaga kerja terutamanya pengarah saya, Kak Eyra Rahman.

“Saya tak pasti samada saya benar-benar menepati kehendak watak itu atau tidak, tapi saya cuba menempatkan dan meletakkan emosi dan rasa itu di titik tengah.

“Saya tahu ramai yang marah akan kehendak cerita seperti ini ditayangkan di TV, tetapi berilah ruang pada HAMID untuk meluahkan apa yang dia rasa sejak dulu," tulisnya.

    

drama demi tuhan aku bersaksi

Kredit foto: Instagram @syafienaswip

     

Dalam pada itu, bercerita mengenai jadual siaran, Syafie berkata, buat masa ini mereka masih menunggu tarikh tayangan daripada RTM.

“Setiap insan ingin kembali ke fasa lebih baik #demituhanakubersaksi dan ini cerita HAMID, dengarkan dan fahamilah. Akan datang (tarikh belum tahu) di RTM,” katanya lagi.

Di sebalik isu telefilem yang hampir menenggelamkan namanya, beliau tetap meraih sokongan daripada rata-rata selebriti yang memuji keunggulan bakat lakonannya.

“Awak tu bagi watak apa pun menjadi!” puji @missnadiaaqilah di ruangan komen.

“@syafienaswip tolong bukak kelas lakonan!!! Saya nak serap segala ilmu lakonan kau Ayie #goodjobro,” luah @akhmalnazri.

Goosebumps tengok this! Lakonan yang hebat!” cetus @anis_nabilah.

Terdahulu, telefilem terbabit menjadi tular gara-gara dianggap mencalarkan imej sekolah tahfiz dan kononnya mempromosikan budaya homo­seksual.

    

Sumber berita: Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)