Oleh pada 29 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @syafienaswip & Instagram @aishahazman8

    

Cekik dan tumbuk didakwa menjadi punca ikatan pertunangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman putus.

Difahamkan, Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 27, ditahan polis pada Sabtu lalu untuk siasatan lanjut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan sewaktu dihubungi portal Mstar.

Siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan.

Bagaimanapun, aktor itu dibebaskan dengan jaminan polis semalam (Ahad) selepas diambil keterangan.

Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Aishah atau sebenarnya, Nor Aishah Afika Azman Shah, 23, dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang lingkungan jam 9 pagi.

Mereka berdua bertengkar di dalam kereta aktor terbabit selepas Aishah meminta Syafie meninggalkan satu sifat buruknya.

Kemudian, pelakon lelaki itu didakwa menghamburkan kata-kata kesat sebelum mencekik leher dan menumbuk muka aktres terbabit.  

Ia membawa kepada terlerainya ikatan pertunangan mereka pada 21 Julai lalu.

     

cekik tumbuk dipercayai punca syafie naswip aishah azman putus tunang 2

Kredit foto: Instagram @syafienaswip

     

Sementara itu, Aishah tidak mengalami kecederaan sewaktu dirujuk ke Hospital Serdang memandangkan kejadian pertengkaran itu telah lama berlaku.

Menurut Aishah, dia tidak segera membuat laporan polis kerana bercadang menyelesaikan isu itu secara baik, namun suspek dikatakan bertindak keterlaluan.

Portal Mstar dalam percubaan untuk menghubungi adik kepada pelakon Afiq Muiz itu, bagaimanapun gagal apabila dia enggan bercakap mengenai dakwaan terbabit.

    

Sumber berita: Mstar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)