Oleh pada 03 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @sweetqismina & Instagram @syafienaswip

     

Kecaman demi kecaman dilontarkan netizen terhadap Syafie Naswip susulan isu putus tunang dengan Aishah Azman turut mendapat perhatian aktres muda, Sweet Qismina.

Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina, 22, berkata, dia mengenali mengenali pelakon filem Mukhsin itu sebagai seorang yang baik dan tidak pernah melakukan sesuatu di luar batasan tanpa sebab.

Sweet berharap netizen yang terus melemparkan komen negatif, bersedia untuk mengemukakan permohonan maaf sekiranya Syafie didapati tidak bersalah.

"Ya, dia sangat baik, merendah diri dan tidak berpura-pura. Abang adalah orang yang paling sesuai untuk bercakap dan bincang mengenai dunia seni. Dia banyak mengajar saya.

"Sangat susah nak tengok dia mengamuk. Malah dia ajar saya bersabar terutama untuk mencari rezeki dalam industri.

"Apa yang saya boleh katakan, kalau abang buat silap pasti akan dimaki, tapi adik tahu abang takkan buat sesuatu yang bodoh tanpa alasan kukuh. Kepada semua, kalau dia salah, dia akan bertanggungjawab dan memohon maaf.

"Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, anda perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepadanya. Jangan pula bila dah jadi golongan wakaf dosa kemudian buat bodoh sahaja ya?," tulisnya.

    

syafie naswip aishah azman

Kredit foto: Instagram @sweetqismina

    

Kenyataan itu dibuat menerusi laman sosial Instagramnya pada Sabtu.

Tambah Sweet, sebagai rakan artis, dia mengenali aktor terbabit sebagai lelaki yang budiman, malah mereka mudah membentuk keserasian ketika berada di set penggambaran.

"Dia menjadi salah seorang gandingan terbaik yang pernah ada.

"Sekejap sahaja kami sudah serasi. Tahu kenapa? Kerana kami boleh duduk berbincang, berkongsi dan bertukar idea. Malah kami mampu mencipta sesuatu untuk setiap babak dalam lakonan.

"Tak rasa malu atau kekok untuk bekerja. Saya amat kagum dan menghormati dia lebih-lebih lagi sebaik mengetahui dia anak didik arwah Yasmin Ahmad," katanya.

Bagaimanapun, Sweet yang sering diajukan pertanyaan berkenaan kehidupan peribadi Syafie, enggan memberi ulasan lanjut.

"Mengenai perihal kehidupan dia, saya tiada hak untuk berkata apa-apa.

"Walaupun ramai yang bertanya kepada saya mengenai dia kerana kami banyak berlakon bersama," katanya.

    

Sumber berita: Mstar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)