Oleh pada 25 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Erra Fazira 

Sebelum ini, penyanyi Shahir Zawawi telah membuat kenyataan tentang hubungan serius yang dijalinkannya bersama aktres Erra Fazira. Malah, Shahir mengakui beliau sudah bersedia membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya jika tiba masanya nanti.

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan kekasihnya, Erra enggan memberikan komen.

Menurut Erra, dia lebih senang menyerahkan urusan jodohnya kepada takdir Allah SWT.

shahir akui serius dalam perhubungan ini respon erra 2

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

Saya sangat-sangat percaya pada aturan Allah SWT. Biarlah Allah sahaja yang tentukan soal jodoh saya. Kalau ditanya sama ada jadi atau tidak (berkahwin dengan Shahir) saya sendiri tidak tahu kerana itu adalah urusan Allah.

Sumber: Utusan Online

Gosip percintaan antara Erra dan Shahir mula hangat diperkatakan sejak pertengahan 2014 apabila mereka kerap dilihat keluar bersama. Ketika itu ada pihak yang mendakwa Shahir menjadi punca Erra berhijab dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)