Oleh pada 12 Apr 2017 kategori

Kredit foto: gosipmalaysia.com

Pelakon Erra Fazira mengakui masih berkawan dengan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kelapan, Shahir Zawawi.

Kenyataan tersebut dibuat Erra bagi menjawab status hubungan mereka yang dikatakan agak sepi lewat ini.

Saya masih berkawan dengan Shahir dan sillaturrahim yang terjalin tidak akan terputus begitu saja.

Sumber: BH Online

Sebelum ini iaitu pada Jun tahun lalu, Erra mengesahkan dakwaan hubungannya bersama Juara Akademi Fantasia tersebut yang menjadi tajuk hangat media ketika itu. 

Beliau yang juga ibu kepada seorang anak, Engku Aleesya pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali sebelum ini. 

Dan ketika ini, tiada lain yang diharapkan peminat kecuali untuk melihat primadona tersebut bertemu jodoh yang abadi hingga ke akhir hayat. 

Mengulas perkara tersebut, Erra mengakui dia tidak dapat meramal takdirnya pada masa hadapan, namun dia bahagia dengan kehidupan yang dijalaninya kini.

Dalam hal peribadi, saya sebagai manusia hanya mampu merancang, namun keputusan tetap ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Sebagai hamba-Nya, saya percaya Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. 

Sumber: BH Online

Menyentuh perkembangan dunia seninya pula, Erra bakal memasuki set penggambaran untuk sebuah telefilem raya tidak lama lagi. Dalam karier nyanyian, beliau akan ke studio dalam masa terdekat untuk rakaman sebuah single baru. 

Saya mungkin masuk studio sebelum puasa dan lagu itu akan dipromosikan sekitar musim Aidilfitri nanti. 

Sumber: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)