Oleh pada 03 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @aishahjmm & Instagram @datoserivida

      

Penyanyi Aishah menuntut pengasas kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida supaya membayar nilai barang kemas RM80,000 yang dipilih penyanyi itu.

Selain itu, Vida diminta mengadakan sidang media pada atau sebelum 17 Julai ini bertujuan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Terdahulu iaitu pada 1 Julai lalu, kedua-dua mereka telah mengadakan persetujuan penghakiman (mediasi) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mencari titik noktah persengketaan yang timbul.

Namun, jika Vida tidak menuruti arahan dikeluarkan dalam perjanjian tersebut, tindakan undang-undang mengikut pelaksanaan bakal diteruskan Aishah melalui peguamnya, Mohammad Izwan Azmi dan Mazniza Mohd. Kamil.

       

selepas sengketa dengan vida berakhir dengan mediasi ini tuntutan aishah dalam tempoh dua minggu 2

Kredit foto: Instagram @aishahjmm

      

“Vida perlu menggantikan barang kemas berlian asli dengan harga pameran berjumlah RM80,000 pada atau sebelum 17 Julai .

“Selain itu juga, saya berhak untuk memilih berlian tersebut di sebuah kedai emas yang telah dipilih oleh Vida iaitu di pusat membeli-belah di Bangsar.

“Vida juga diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka dihadiri pihak media yang perlu diadakan sebelum 17 Julai,” kata Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin dalam sidang media yang diadakan hari ini di Ramziela Delight, Petaling Jaya.

Antara lain, jutawan kosmetik itu diarahkan membayar kos RM7,500 kepada akaun peguamcara Aishah pada atau sebelum 7 Julai ini.

Terdahulu, juara Gegar Vaganza (GV) musim keempat terbabit mendedahkan rantai hadiah kejuaraannya daripada program realiti berkenaan adalah tidak bernilai dan bukan berlian asli berdasarkan satu laporan penyelidikan rasmi yang dibuat.

Perkara itu terbongkar selepas Aishah diberitahu pemilik sebuah kedai barang kemas.

Sementara itu, Izwan memaklumkan tindakan undang-undang telah dibuat terhadap syarikat Bina Mega Empire atas kegagalan melunaskan hadiah berupa sebidang tanah.

     

Sumber berita: MHE TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)