Oleh pada 01 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Chef Wan & Instagram Datuk Seri Vida

Chef selebriti Datuk Chef Wan akui tidak menyimpan dendam terhadap usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Malah dia mengagumi personaliti yang dimiliki jutawan berusia 45 tahun itu.

"Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida).

"Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak... dia nak juga," luah Chef Wan atau nama penuhnya Datuk Redzuawan Ismail.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam sebuah kiriman Instagram mengulas beberapa siri kritikan yang dikeluarkannya terhadap Vida sebelum ini. 

dendam dengan vida ini jawab chef wan 2

Kredit foto: Instagram Chef Wan

Chef Wan dilihat sebagai seorang yang sering lantang mempertikaikan penampilan serta lagak Vida menayangkan kemewahan di media sosial.

Sementara itu, bapa kepada aktres Serina ini menegaskan apa yang berlaku pada konsert sulung Gegar Vaganza Ahad lalu hanyalah gurauan semata-mata.

"Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri.

"Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!," seloroh Che Wan.

Susulan itu, Chef Wan mahu peristiwa lampaunya dengan Vida dijadikan pengajaran, tanpa perlu diungkit mana-mana pihak.

"Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan.

"Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok bermaafan. Memaafkan dan lupakan kisah lalu serta pandang ke hadapan untuk masa depan " pintanya.

Sehingga kini video yang dimuat naiknya itu telahpun meraih lebih 70 ribu tontonan.

Menerusi ruangan komen, netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan dan memuji sikap positifnya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)