Kredit: Instagram @erynneerynna
Pelakon Erynne Erynna berkongsi anaknya, Medinah telah selamat menjalani pembedahan pada pagi Khamis lalu bagi sejenis penyakit iaitu buah pinggang dupleks yang menyebabkannya kerap terkena jangkitan saluran kencing dan boleh merosakkan buah pinggangnya.
"Selepas beberapa kali keluar masuk hospital sejak berusia 4 bulan, akhirnya inilah jawapannya.
"Alhamdulillah, sekarang kami hanya mampu berdoa, berserah, redha dan tawakal pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Segalanya," tulisnya.
Terhutang budi dengan kakitangan hospital yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa Medinah di dewan bedah, Erynne mengucapkan syukur dan berharap puteri sulungnya itu dapat sembuh seperti sediakala.
"Selepas 4 jam, selesai juga pembedahan Medinah dengan selamat dan jayanya. Terima kasih tidak terhingga buat Doktor P. serta pasukannya, dan semua jururawat yang terlibat.
"Sungguh setiap fasa peritnya berbeza tetapi syukur semuanya baik-baik sahaja. Sekarang Medinah harus tempuhi proses pemulihan pula dimana saya berdoa agar ianya cepat dan baik," ucapnya.
Komen Pilihan
"Eh, ada alat audio Islamiklah di situ," puji seorang netizen.
"Sama seperti anak saya juga yang perlu menjalani pembedahan sewaktu masih kecil. Sedih tengok," luah seorang netizen.
"Tidur dalam tangisankah sayang?," rintih seorang netizen.
"Amalkan baca surah Yassin sehingga ayat 58. Baca sebanyak 11 kali dan minta doa. Amalkan juga solat tahajjud. Minta Allah sembuhkan dan Insya-Allah, Allah Maha Penyembuh.
"Semasa anak saya berusia setahun, doktor beritahu dia mungkin mempunyai masalah asma dan akan menggunakan alat asma. Setelah amalkan kedua-dua ini, dia sihat dan tidak perlu berjumpa doktor lagi" kongsi seorang netizen.
Sumber: Instagram Erynne Erynna