Oleh pada 26 Dec 2021 kategori

Kredit: Instagram @shahilaamzah 

 

Menerusi Instagram, penyanyi Shila Amzah berkongsi kisah perkahwinannya yang sedang dilanda badai biarpun cuba menyembunyikan dugaan dan kesukaran yang ditempuhinya selama bertahun-tahun.

 

"Sha sentiasa tersenyum, namun tiada siapa tahu perjuangan yang terpaksa Sha lalui. Ia telah sampai ke tahap yang paling sukar," luahnya.

 

Menurut anak kepada penyanyi ND Lala itu lagi, beliau nekad untuk tidak tinggal sebumbung dengan suaminya, Haris Idraki Elias dan sedang berusaha memilih jalan untuk berpisah.

 

"Sudah dua bulan Sha dan anak, Seth Uwais keluar rumah dan menumpang di rumah ibubapa Sha di Langat. Sha juga sudah failkan perceraian, namun malangnya proses tersebut masih berjalan kerana Haris mengambil keputusan untuk mahu memanjangkan perkara ini.

 

"Cuma apabila sudah jadi sebegini, Sha sudah tidak boleh bersabar lagi kerana Sha juga mencuba sebaik mungkin untuk bertahan serta menjaga hati dan nama baik semua pihak," tulisnya lagi.

  

 

Tambahnya, beliau kini terpaksa tinggal bersama ibu saudaranya pula selepas kediaman kedua ibubapanya itu terjejas akibat banjir.

 

"Sekarang apabila lihat rumah di Langat sudah jadi seperti ini, rasa terlalu sedih. Tetapi, sekarang kami semua pula hilang tempat berteduh dan menumpang di rumah ibu saudara Sha," jelasnya.

 

Akur dengan masalah rumah tangga yang sedang dialami, Shila terpaksa melupakan kediamannya sendiri biarpun terpaksa berhutang budi dengan kedua ibubapanya.

 

"Sha ada rumah di Cyberjaya, namun Sha dan Seth tidak selesa untuk pulang kerana 'si dia' masih berada di sana.

 

"Kasihan seluruh keluarga Sha tinggal dalam sebuah bilik buat sementara waktu.

 

"Alangkah bagusnya jika boleh pulang ke Cyberjaya. Bolehlah balas semula jasa baik ibubapa Sha sepanjang berada di sini.

 

"Doakan kami ya," pintanya.

 

Komen Pilihan

shila amzah bercerai

 

"Tidak mengapa, awak seorang yang kuat berjuang dan mampu lawan semua dugaan ini.

 

"Lambat laun kebenaran akan terbukti jua dan dapat semula semua hak awak," tulis seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Shila Amzah 




Hakcipta iluminasi.com (2017)