Kredit foto: In Trend
Bergelar anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida turut membuatkan nama Cik B terpalit sama dalam buah mulut orang ramai.
Cik B tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan terutamanya selepas muncul dalam rancangan The House bersama ibunya.
Antara komen panas yang sering kita dengar tentang anak Vida ini adalah warna kulit wajahnya yang mengundang tanda tanya ramai. Mana taknya, Vida adalah usahawan kosmetik yang sering mempromosikan produk yang dikatakan mampu mencerahkan wajah, namun apa yang menjadi kemusykilan orang ramai apabila anaknya sendiri berkulit hitam dan imejnya pula terlalu kasual untuk status sebagai seorang anak jutawan.
Gara-gara tidak tahan akan kritikan netizen, akhirnya Vida tampil menjelaskan punca sebenar - mengapa Cik B memilih untuk terus memiliki kulit gelap dan mengabaikan kata orang ramai.
Menurut Vida, Cik B adalah seorang kanak-kanak yang lasak. Dia memilih untuk menjalani kehidupan yang normal sama seperti kanak-kanak lain, termasuk bermain dan bersukan di bawah cahaya matahari. Cik B enggan membiarkan status keluarganya menghalang beliau untuk terus menjadi dirinya sendiri.
Gambar sewaktu kecil..
Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida & Beautifulnara
Sebenarnya hal ini tak wajar dijadikan isu. Menghina rupa bentuk manusia samalah seperti mengkritik ciptaan Tuhan. Setiap manusia dijadikan sempurna dengan kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.