Oleh pada 11 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

Pengurus Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Nana Mohammad Rom mendedahkan beberapa perihal sebelum penyanyi itu dihantar ke hospital bagi menerima rawatan susulan jangkitan Covid-19 yang menular kepadanya.

  

Nana berkata, kesihatan arwah pada awalnya berada dalam keadaan baik sewaktu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

  

shuib sepahtu 173

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

"Arwah tiada penyakit kronik. Arwah sangat menjaga pemakanan, malah sering mendapatkan rujukan doktor peribadi ketika semasa melakukan kuarantin kendiri di rumah.

  

"Saya menghubungi arwah setiap hari sepanjang menjalani kuarantin kendiri. Arwah kata keadaannya okay dan minta jangan risau," katanya memetik laporan BH Online.

  

Sambungnya, hanya selepas menyedari oksigen dalam badan berada dalam paras rendah, arwah berhasrat mendapatkan rawatan lanjut di hospital, meskipun gejala yang dialaminya ketika itu dianggap biasa.

  

sarah raisuddin 407

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

"Namun, arwah memberitahu kena ke hospital selepas paras oksigen jatuh pada hari kelapan. Ketika itu, arwah mula batuk, namun memikirkannya hanya gejala biasa," katanya.

  

Sementara itu, Nana yang sedia maklum dengan sikap arwah yang gemar bersedekah, memberitahu, pelantun lagu Kesetiaan itu juga sempat menghulurkan sejumlah wang kepada ibu tirinya, sebelum dibawa menaiki ambulans.

  

Baca: Ini Rupanya Keputusan SPM Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

  

shuib 815

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

"Arwah dikenali sebagai insan paling suka bersedekah. Sangat pemurah dan banyak menderma. Arwah tidak pernah tolak sekiranya ada pengikut menghantar mesej langsung dalam Instagram (IG) memerlukan bantuan.

  

"Namun, arwah tidak suka orang tahu dan bercerita. Namun, pihak pengurusan, Indigital Music tahu mengenai perkara ini.

  

"Terbaharu, sebelum menaiki ambulans untuk ke hospital, arwah memindahkan wang kepada ibu tirinya minta dipanjangkan sedekahnya," katanya.

  

Tidak cukup dengan itu, ujar Nana, arwah juga sempat menghadiahkan semua produk tudung keluarannya khas buat para jururawat yang bertugas di hospital.

  

Baca: 10 Fakta Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Siti Sarah Raisuddin Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Siti Sarah, Anak Raisuddin Hamzah

Baca: Biodata Pelawak Shuib Sepahtu

Baca: "Berbual Soal Kematian, Arwah Ada Menyebut Keinginan.." - Siti Sarah Meninggal Dunia, Shuib Buka Mulut

  

sarah 379

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

"Sebelum ditidurkan, arwah minta pembantu peribadi ambil semua produk tudung keluaran syarikatnya untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital," katanya.

  

Nana memberi kenyataan selepas pengebumian penyanyi itu yang berlangsung di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pada Isnin.

  

Allahyarham Siti Sarah sebelum ini dijangkiti wabak Covid-19, sebelum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Isnin, jam 5.13 pagi.

  

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari, hari sama.

  

Perkahwinannya dengan pelawak Shuib Sepahtu beroleh empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, termasuk Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu melalui pembedahan tanpa sedar.

  

siti sarah raisuddin 789

siti sarah shuib 546

sarah shuib 542

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

Kredit video: Permulaan dan Pengakhiran itu Pasti: KRONOLOGI PEMERGIAN KETUA BIDADARI SHUIB

  

Sumber berita: 'Sebelum koma, arwah sedekah tudung kepada jururawat'

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)