Oleh pada 21 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia & Instagram Datuk Red

Suami penyanyi Adira, Datuk Red mengakui penyingkiran isterinya daripada Konsert AF Megastar Ahad lalu sudah dijangkakan lebih awal.

Ini kerana Datuk Red atau Datuk Sri Adnan Abu berasa hairan dengan tindakan pihak produksi yang memaksa Adira supaya membawa anak mereka, Anggerik ke konsert sedangkan bayi tidak dibenarkan dibawa sepanjang program berlangsung.

Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak. Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi.
Sumber: Mstar

Datuk Red membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas tentang Adira yang menjadi antara peserta terawal disingkirkan daripada pertandingan yang berlangsung di Royal Theater, Shah Alam pada Ahad.

Sementara itu, Datuk Red berkata, sedari awal dia kurang bersetuju dengan pembabitan Adira dalam pertandingan kerana isterinya itu sudah mempunyai kedudukan sendiri dalam dunia hiburan.

Namun demi menghormati keputusannya, dia akur dan hanya mampu memberikan sokongan.

Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil. Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini.
Sumber: Mstar

Mengulas mengenai ketidakhadirannya sebagai penonton, Datuk Red memberitahu dia sememangnya tidak berminat untuk menemani isteri ke mana-mana acara hiburan.

AF Megastar Ahad lalu menyaksikan penyingkiran Adira bersama Azhar di hujung konsert.

Keputusan adalah hasil gabungan 60 peratus markah juri profesional dan 40 peratus undian penonton di rumah melalui SMS dan laman web.




Hakcipta iluminasi.com (2017)