Kredit foto: utusanmalaysian.blogspot.my
Sebelum ini terbit khabar angin bahawa suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red dikatakan telah menghantar mesej peribadi untuk menggoda seorang wanita di laman Instagram.
Dakwaan itu disertakan dengan beberapa bukti screenshot mesej berkenaan.
Enggan berselindung, Datuk Red dalam kenyataan terkininya mengiyakan berita yang tersebar. Malah beliau turut mendedahkan punca tercetusnya kontroversi itu yang disebabkan oleh perlakuan kakitangannya sendiri.
Itulah, salah seorang staff saya ada tunjukan screenshot pasal cerita tu. Apa yang boleh saya katakan cerita itu memang benar terjadi. Saya percaya, ini mesti kerja-kerja ‘nakal’ staff saya. Buat pengetahuan ada dua orang staff yang memang tahu kata laluan akaun Instagram dan Facebook saya. Biasalah lelaki memang gatal, saya faham, ada masa mereka ni memang nakal sikit. Tetapi setelah gadis tersebut berikan gambarnya dan kami rasa ia agak tidak ada apa yang menarik jadi kami pun tidaklah panjangkan cerita dan habiskan di situ sahaja.
Sumber: Media Hiburan
Mengulas tentang respon isteri-isterinya, beliau sudahpun memberikan penjelasan kepada isteri pertama, namun belum berkesempatan bersua muka dengan Adira.
Waktu tersebarnya cerita ini saya bersama isteri pertama. Dia memang sudah masak dengan perangai saya. Dia langsung tidak mengambil kisah kerana tahu suaminya ini macam mana. Tetapi dengan Adira, saya perlu berjumpa dan slow talk dengannya terlebih dahulu sebelum dia tahu daripada mulut orang lain. Cuma isu ini berbangkit sebab saya menegur seorang gadis. Cuba kalau saya tegur seorang makcik rasa-rasa akan jadi isu tak? Mesti tiada siapa peduli kan? Tapi saya tak ambil pusing tentang isu ini.
Sumber: Media Hiburan
Tambah Datuk Red, sifat mesra dan kuat bergurau sudah menjadi sebati dengan dirinya. Justeru perbualan dengan mana-mana individu adalah suatu perkara yang biasa.