Oleh pada 05 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nonny Nadirah & The Malay Mail

Penyanyi Nonny Nadirah tampil sekali lagi menafikan hubungan cinta dengan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red.

Menurut Nonny, dia tidak menyangkal usahawan hartanah itu ada mengganggunya tetapi dia tidak pernah membalas cinta beliau sebagaimana yang didakwa.

lagi pengakuan nonny dedah permainan gila datuk red 2

Kredit foto: Instagram Nonny Nadirah

Benar sejak hujung Julai lalu, lelaki itu sudah cuba untuk mengganggu hidup saya. Namun saya tidak pernah ambil kisah. Sehinggalah cerita kami konon-kononnya bercinta digembar-gembur baru-baru ini oleh dia sendiri, permainan gila apakah ini. Siapa dia dalam hidup saya hingga sewenang-wenangnya boleh bertindak cara itu. Sumpah! Kami tidak pernah ada hubungan istimewa. Nak bercinta berbulan-bulan macam mana? Saya tak pernah memberikan nombor telefon pada dia. Saya tidak akan layan 'permainan' dia. Lagipun sudah ada 'sejarah' sama terjadi pada seorang artis. Dah boleh dijadikan sebagai pengajaran pun.
Sumber: Utusan Online

Terdahulu, Nonny didakwa ramai sebagai pelakon "N" yang dikatakan skandal kepada Datuk Red.

Dalam pada itu, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kelima itu juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia sering meminta duit dari lelaki beristeri dua itu.

lagi pengakuan nonny dedah permainan gila datuk red 3

Kredit foto: Instagram Nonny Nadirah

Paling marah, saya dikata meminta duit daripada lelaki itu walhal hakikatnya kenapa perlu saya berbuat sebegitu.
Sumber: Utusan Online

Mengulas mengenai hubungan dengan teman lelakinya pula, Nonny berkata, mereka kini mengalami perselisihan faham, malah krisis itu juga melibatkan bakal keluarga mentuanya.

Tak pasal-pasal juga, saya dan teman lelaki bermasam muka gara-gara gosip ini. Hubungan cinta kami ini dah sampai peringkat yang serius. Dah fikir tentang perkahwinan. Apa pula kata bakal keluarga mentua apabila dapat tahu tentang cerita sebegini. Jenuh pula saya kena terangkan kepada mereka.
Sumber: Utusan Online



Hakcipta iluminasi.com (2017)