Kredit foto: astrogoread.astro.com.my & kualipanas.com
Baru-baru ini berita kehamilan isteri pertama Datuk Red telah menjadi tular gara-gara tindakan seorang individu menyebarkannya di laman sosial.
Susulan itu, Datuk Red menerusi sebuah kiriman terbaru Facebooknya dua hari lalu mempertikaikan etika klinik tersebut yang mendedahkan maklumat peribadi pesakit kepada umum.
Kredit foto: Facebook Dato Red
Mana etika klinik? Kau sebagai klinik kena jaga maklumat peribadi pesakit, bukan lepas orang tu balik saja kau terus naikkan status. Dik, biarlah saya seorang saja cari publisiti murahan, kau janganlah. Daripada laporan pekerja saya, awak ni cuma jururawat saja. Bagaimana pendapat para peguam yang bijak bestari di sini, boleh tak saya saman mereka untuk beri pengajaran sedikit? Suruh jaga suami sendiri tak nak, sibuk nak jaga suami orang.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dilontarkan Datuk Red.
Kredit foto: Media Hiburan
Sememangnya apa yang diutarakan oleh Datuk Red ini adalah benar. Meskipun Datuk Red merupakan seorang yang dikenali, tidak bermakna apa sahaja maklumat yang berkaitan dengannya boleh dikongsi sesuka hati kepada umum.
Biarpun barangkali tiada tindakan saman yang bakal diambil, sekurang-kurangnya kenyataan tegas Datuk Red ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada pengguna laman sosial yang lain agar lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu.
Apapun, kiriman status Datuk Red ini juga telah mengesahkan kehamilan isteri pertamanya. Tahniah kami ucapkan!