Oleh pada 19 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Beautifulnara & gosipmalaysia.com

Penyanyi Adira enggan lagi melayani kontroversi yang cuba ditimbulkan oleh suaminya, Datuk Red.

Menurut Adira, dia sudah lelah dengan sifat suaminya yang suka meraih perhatian umum.

Malah Adira turut menganggap Datuk Red sedang cuba mencari publisti murahan dengan menjaja cerita-cerita skandalnya.

Tegas penyanyi itu, fokusnya kini hanyalah untuk membesarkan anak perempuan mereka, Anggrek yang telahpun memasuki usia enam bulan.

dia cari publisiti murahan adira selar tindakan datuk red 2

Kredit foto: Instagram Adira Suhaimi

Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal yang membabitkan suami saya. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi (terbaru) ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan sendiri. Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri? Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja.

Sumber: BH Online

Adira nekad untuk berhenti mengambil sebarang tindakan sekiranya masih timbul isu suaminya bermain cinta dengan wanita lain kerana menganggap ianya sudah acapkali terjadi.

Dalam kenyataan lain yang dibuat oleh Datuk Red, usahawan hartanah itu mengakui sedang mengintai jodoh untuk dijadikan isteri ketiga, namun pelakon "N" tidak menepati kriteria yang dicari. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)