Kredit foto: Astro Gempak & beautifulnara.com
Perhubungan suami penyanyi Adira, Datuk Red bersama seorang pelakon wanita dari Sabah yang dikenali sebagai "N" berakhir dengan perpisahan selepas berjaya dihidu isterinya, Adira.
Difahamkan, Adira mendapat tahu skandal tersebut daripada pelakon itu sendiri.
Datuk Red dalam wawancara terbarunya mengesahkan dakwaan yang tersebar.
Kredit foto: Instagram Datuk Red
Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia. Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti.
Sumber: Mstar
Dalam kontroversi terdahulu, Datuk Red pernah dirakamkan berdua-duaan sambil berpegangan tangan dengan pelakon Ruhainies di sebuah pusat membeli belah.
Usahawan hartanah itu mendirikan rumah tangga bersama Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anggerik pada 10 Mac lalu.